Beliau berkata, isu pelepasan pemain oleh pasukan negeri bagi mewakili negara memerlukan perbincangan teliti termasuk pandangan daripada exco sukan setiap negeri. 
"Saya akan bertemu Kim Swee bagi berbincang tentang hal ini, malah saya juga dalam proses untuk berjumpa exco sukan setiap negeri. 
"Kita akan panggil mereka, duduk dan berbincang bagi mencari penyelesaian bersama isu ini bagi kepentingan sukan negara," katanya pada sidang media selepas majlis Konvensyen Belia Mahir Kali Kelima Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini hari ini. 
Kim Swee dilaporkan berkata skuad B-23 berkemungkinan menarik diri daripada kejohanan di Jakarta-Palembang itu jika beliau gagal mengumpulkan pemain yang cukup untuk mengharungi kejohanan terbabit akibat keengganan beberapa pasukan melepaskan pemain yang di panggil. - Bernama