Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 15 Julai 2018

STUART MICHAEL RAMALINGAM DILANTIK SETIAUSAHA AGUNG FAM YANG BAHARU


2018-07-15
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan pelantikan Stuart Michael Ramalingam sebagai Setiausaha Agung FAM yang baharu.
Pelantikan Stuart sebagai Setiausaha Agung FAM yang ke-10 adalah berdasarkan Artikel 61 Perenggan 1 dalam Statut FAM yang menyatakan bahawa Setiausaha Agung hendaklah dilantik oleh Presiden.
Stuart, 41, menjadi pilihan untuk memegang jawatan ini berdasarkan pengalaman selama 10 tahun dimiliki beliau dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bersama organisasi tempatan dan antarabangsa termasuk Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Beliau bermula pada 2008 apabila dilantik oleh FIFA sebagai ‘Professionalisation Consultant’ yang bertanggungjawab memberikan sokongan berterusan dan konsultansi kepada ahli-ahli gabungan FIFA dalam mewujudkan liga-liga baharu, mengemaskini pentadbiran persatuan negara serta menjadi perancang bagi program pendidikan pentadbiran FIFA (Futuro III).
Selepas empat tahun, Stuart telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Super League (MSL) pada 2010 and diberi mandat untuk merencanakan struktur FAM and juga aspek-aspek komersial persatuan ini.
Pada 2012, Stuart menyertai pula AFC dengan memegang pelbagai jawatan pengarah di sana termasuk Pengarah Kejohanan Kelab-Kelab AFC (termasuk AFC Champions League, AFC Cup dan kejohanan-kejohanan Futsal AFC), Pengarah Pemasaran dan juga Pengarah Social Responsibility.
Selepas berkhidmat di pelbagai tahap organisasi bola sepak, Stuart kemudian menjadi konsultan kepada Dentsu Sports dan IMG, dua agensi sukan terbesar di dunia pada 2014.
Di Dentsu Sports, Stuart kemudian mengambil alih jawatan Naib Presiden selama empat tahun sehingga tahun 2018 ini dan mengetuai operasi agensi tersebut di Asia termasuk penajaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pengurusan Sukan Asia 2018 Indonesia dan perencanaan strategi Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Dengan pengalaman beliau di FIFA, AFC dan FAM serta pengalaman selama empat tahun dalam dunia korporat dan juga agensi sukan terbesar di dunia, Stuart dilihat sebagai calon paling sesuai untuk menjadi Setiausaha Agung FAM dan diyakini mampu membawa budaya korporat yang akan menjadi perubahan positif kepada FAM.
Selaku Presiden FAM, saya amat berharap agar beliau dapat menjalankan tugas dengan profesional dan penuh amanah demi memartabatkan bola sepak negara.
Stuart akan memulakan tugasnya di Pejabat Setiausaha Agung di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin, 16 Julai 2018.

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan