Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 14 Julai 2018

Saya bukan presiden boneka - Hamidin



PETALING JAYA: "Saya tidak akan mengikut telunjuk mana-mana pihak!" kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Menerusi jaminan itu, Hamidin jelas menghantar isyarat betapa beliau bukan sekadar presiden 'boneka' yang boleh dikawal dari belakang tabir.
Isyarat itu juga sekali gus menepis persepsi segelintir pihak yang mendakwa dia hanya menjadi proksi kepada individu tertentu yang memiliki agenda tersendiri dalam badan induk terbabit.
"Belumpun saya menduduki kerusi ini, cakap-cakap bernada sinis sudahpun kedengaran. Ada yang mendakwa saya sekadar presiden boneka kerana ada tokoh lain di sebalik tabir yang memegang tali dan saya sekadar mengikut rentak tarinya.
"Tetapi saya beri jaminan tidak akan mengikut telunjuk mana-mana pihak sebaliknya, saya akan  bertindak sendiri demi FAM dan kepentingan bola sepak secara amnya serta menjalin kerjasama intim dengan semua pemegang taruh," katanya.
Hamidin yang juga bekas Setiausaha Agung FAM itu sah menduduki 'kerusi panas' persatuan berkenaan bagi baki penggal 2017-2021 selepas menang tanpa bertanding pada Kongres FAM yang berlangsung di Petaling Jaya, hari ini.
Beliau mengisi kekosongan ditinggalkan penyandangnya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatannya pada 25 Mac lalu selepas setahun mengemudi persatuan itu.
Mengulas lanjut mengenai perancangannya selaku nakhoda baharu FAM, Hamidin menjelaskan tiga elemen penting akan diberikan keutamaan dengan tumpuan segera kepada proses reformasi yang perlu dijalani persatuan itu.
"Tiga elemen penting ini adalah prestasi dan peningkatan pasukan kebangsaan serta program akar umbi termasuk yang membabitkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dan Kementerian Pendidikan.
"Selain itu, matlamat kita adalah menjanakan sumber dan pembiayaan kewangan yang stabil dan kukuh untuk FAM demi melonjakkan bola sepak negara.
"Seandainya kita mengimpikan bola sepak ini mampu mendominasikan pentas yang kita inginkan, saya menggesa supaya semua pihak memikul tanggungjawab dan peranan secara bersama sebagai satu pasukan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan