Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 5 Julai 2018

Kim Swee yakin ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR 5 Julai – Skuad bola sepak B-23 negara bakal berdepan laluan getir dalam kempen Sukan Asia 2018 selepas diundi dalam Kumpulan E bersama juara bertahan Korea Selatan serta Kyrgyzstan dan Bahrain.


KUALA LUMPUR 30 JUN 2018 - Datuk Ong Kim Swee hadir di Karnival


                                          ONG KIM SWEE


Walau bagaimanapun, jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara Datuk Ong Kim Swee optimis bahawa skuadnya mampu ke pusingan kedua seandainya beliau dapat mengumpulkan semua pemain utama dalam tempoh masa yang mencukupi.
Oleh itu, beliau berharap, kelab-kelab dapat memberi kerjasama sepenuhnya untuk melepaskan pemain-pemain yang diperlukan menjelang Sukan Asia yang hanya berbaki sebulan lagi.
“Kalau kita lihat kepada undian peringkat kumpulan, memang cukup mencabar kerana kita diletakkan bersama juara bertahan Korea Selatan. Dalam masa sama kita tahu Bahrain kuat manakala Kyrgyzstan sebuah pasukan yang sedang meningkat.
“Tetapi apa yang penting adalah persiapan kita. Jika saya dapat mengumpulkan semua pemain utama, saya percaya kita mampu layak ke pusingan seterusnya dan jika sebaliknya berlaku (gagal mendapat pemain dingini) kita harus memikirkan perancangan lain.
“Bukan saya cakap kita mudah untuk melepasi peringkat kumpulan namun peluang untuk la­yak lebih cerah jika semua pemain utama yang diperlukan dapat dikumpulkan dalam tempoh masa yang mencukupi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Acara bola sepak Sukan Asia 2018 di Indonesia dijadual berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September dan akan disertai 24 pasukan yang dibahagi kepada enam kumpulan.
Dalam majlis undian hari ini, pasukan tuan rumah Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama Hong Kong, Laos dan Taiwan.
Juara empat kali Iran menge­tuai Kumpulan F bersama-sama Myanmar (juara edisi 1966 dan 1970), Korea Utara dan Arab Sa­udi, manakala Kumpulan B terdiri daripada Thailand, Uzbekistan, Qatar dan Bangladesh.
Dua lagi pasukan Asia Tenggara iaitu Vietnam diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, Pakistan dan Nepal manakala Timor Leste diundi dalam Kumpulan C terdiri daripada gergasi Asia - China, Iraq dan Syria.
Mengikut format pertandi­ngan juara dan naib juara kumpulan serta empat pasukan terbaik di tempat ketiga kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan