SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN (kanan) bergambar bersama Imam Nahrawi.
Perkara tersebut disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini dalam satu kenyataan setelah mengadakan pertemuan dengan Imam di Jakarta, Indonesia.
Imam berkata, beliau akan memberi jaminan keselamatan terhadap kontinjen Malaysia bukan sahaja di Sukan Asia, malah dalam semua pertandingan di negaranya.
“Pegawai pertandingan harus bertindak profesional. Sesiapa pun, sesama atlet harus saling bersikap profesional. Saya harap Persatuan Sepak Bola Sepak Indonesia (PSSI) harus bertindak tegas, profesional, dan harus memberikan jaminan keamanan, keselamatan, kepada siapa pun.
“Jaminan ini tidak tidak tertumpu hanya kejadian di Sidorajo, namun (melibatkan) keseluruhan. Di Sukan Asia, di semua pertandingan, pegawai pertandingan harus memberikan jaminan dan keamanan kepada semua.
“Saya minta pegawai pertandingan wajib memberikan keselamatan kepada siapapun. Tidak hanya kepada atlet, kepada penyokong juga harus saling menjaga,” katanya.
Kelmarin penonton Indonesia bertindak menimbulkan kekecohan ketika saingan separuh akhir Kejuaraan AFF 2018 Bawah 19 tahun yang menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas aksi sebenar terikat 1-1 di Gelora Delta Sidoarjo. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan