Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 8 Jun 2018

Tunggu 14 Jun ini - Annuar Musa

TAN Sri Annuar Musa masih belum memberi bayangan untuk bertanding kerusi presiden FAM. - Foto Eizairi Shamsudin
KOTA BHARU: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa masih belum memberi bayangan sama ada akan memberi laluan atau menarik diri bagi bertanding merebut kerusi presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Beliau mengakui masih belum membuat sebarang keputusan untuk bertanding walaupun tarikh akhir untuk mengesahkan penerimaan pencalonan ialah pada 14 Jun ini, sebulan sebelum Kongres FAM Ke-54 diadakan pada 14 Julai.
"Tarikh akhir 14 Jun ini, jadi kita tunggu 14 Jun ini," jawabnya ringkas ketika dihubungi bagi mengulas khabar angin beliau mungkin mengundur diri daripada bertanding merebut jawatan nombor satu FAM itu.
FAM sebelum ini mengesahkan hanya tiga nama dicalonkan bagi mengisi jawatan presiden badan induk bola sepak negara itu.
Selain Annuar, dua lagi calon ialah Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin; Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
Hamidin yang juga calon pilihan mendapat pencalonan daripada 18 ahli gabungan, namun dikejutkan dengan pencalonan saat akhir Annuar oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
Sebelum itu, Azim turut dicalonkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).
Jawatan Presiden FAM kini kosong selepas Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Mesyuarat Khas Pertama bagi penggal 2017-2021 pada 2 April lalu menerima peletakan jawatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden FAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan