Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 8 Jun 2018

Annuar belum beri jawapan


TAN Sri Annuar Musa. - Foto fail NSTP/Nazran Jamel


KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan belum menerima keputusan rasmi daripada Tan Sri Annuar Musa sama ada menerima atau menolak pencalonannya sebagai presiden baharu badan induk itu.
Ia susulan dikhabarkan bahawa Annuar mahu menolak pencalonan namanya yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bagi merebut jawatan yang ditinggalkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika ditanya mengenai khabar angin itu menjelaskan pihaknya tidak boleh mengesahkan perkara berkenaan kerana masih belum menerima maklumat rasmi.
"Setakat ini (3 petang), Annuar belum memberi jawapan terhadap borang pencalonan yang kami serahkan kepada beliau.
"Jadi, maknanya tiada jawapan sama ada beliau menerima atau menolak pencalonannya untuk bertanding jawatan Presiden FAM.
"Jika benar beliau sudah kemukakan jawapan untuk menolak pencalonan itu, sudah pasti saya akan dimaklumkan oleh staf FAM, tapi setakat ini memang tiada," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Selain Annuar, Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi juga masih belum membuat keputusan selepas namanya dicalonkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).
"Azim pun masih belum memberi jawapan, tapi beliau nampak macam berminat," jelas Yusoff.
Tarikh akhir bagi mengesahkan pencalonan adalah pada Khamis ini dan sehingga kini hanya Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang sudah berbuat demikian.
Presiden FAM yang baharu akan dipilih pada Kongres Tahunan FAM ke-54 yang berlangsung 14 Julai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan