Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Jun 2018

Senarai 24 Pemain Skuad Harimau Malaya Bertemu Fiji Pada 5 Julai 2018 Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat bermula 1 Julai 2018. #FAM #HarimauMalaya

2018-06-22
Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad, 1 Julai 2018 bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Fiji di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis, 5 Julai 2018, jam 8.45 malam.
BIL
NAMA
UMUR
POSISI
PASUKAN
1.
NAZMI FAIZ MANSOR
24
TENGAH
JOHOR DARUL TA’ZIM
2.
SYAFIQ AHMAD
23
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
3.
SAFAWI RASID
21
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
4.
AHMAD HAZWAN BAKRI
27
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
5.
LA’VERE CORBIN-ONG
27
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
6.
ADAM NOR AZLIN
22
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
7.
AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK
31
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
8.
HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY
25
PENJAGA GOL
PERAK
9.
SHAHRUL SAAD
25
PERTAHANAN
PERAK
10.
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
25
PERTAHANAN
PERAK
11.
AMIRUL AZHAN AZNAN
25
PERTAHANAN
PERAK
12.
NASIR BASHARUDIN
28
TENGAH
PERAK
13.
IFWAT AKMAL CHEK KASSIM
22
PENJAGA GOL
KEDAH
14.
AKRAM MAHINAN
25
TENGAH
KEDAH
15.
SYAZWAN ZAINON
29
TENGAH
KEDAH
16.
RIZAL GHAZALI
26
PERTAHANAN
KEDAH
17.
ZAQUAN ADHA ABD RADZAK
31
PENYERANG
KUALA LUMPUR
18.
SYAZWAN ANDIK ISHAK
22
TENGAH
KUALA LUMPUR
19.
IRFAN ZAKARIA
23
TENGAH
KUALA LUMPUR
20.
WAN ZACK HAIKAL WAN NOR
27
TENGAH
FELDA UNITED
21.
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
29
PENJAGA GOL
MELAKA
22.
N THANABALAN
23
PENYERANG
NEGERI SEMBILAN
23.
RAWILSON BATUIL
24
PERTAHANAN
SABAH
24.
DANIAL ASHRAF ABDULLAH
21
TENGAH
KELANTAN

Daripada senarai di atas, hanya 11 pemain daripada skuad 23 pemain ketika perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Beirut pada 27 Mac 2018 dan perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Bhutan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 1 April 2018 telah dikekalkan Cheng Hoe termasuk ketua pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak, 31, dari pasukan Kuala Lumpur.
Tujuh lagi pemain bagaimanapun tidak dipanggil untuk aksi bertemu Fiji ini kerana terlibat dengan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2018 pada 30 Jun (PKNS FC lwn Selangor) dan 1 Julai (PKNP FC lwn Pahang) serta kemungkinan mara ke final Piala FA 2018 pada 7 Julai iaitu tiga pemain PKNS FC - penjaga gol Shahril Sa’ari, Mahalli Jasuli dan Jafri Firdaus Chew; dua pemain Pahang - Matthew Davies dan R Kogileswaran serta pemain PKNP FC, Shahrel Fikri Md Fauzi dan pemain Selangor, Syahmi Safari.
Pemain muda, Akhyar Rashid, 19, dari Kedah pula tidak dipanggil kerana bersama skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak ke Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Surabaya, Indonesia bermula 3 Julai ini.
Sementara empat lagi pemain telah digugurkan daripada panggilan kali ini iaitu dua pemain Kedah - Ariff Farhan Md Isa dan Syawal Nordin serta dua pemain Perak - Nor Hakim Hassan dan Syazwan Zaipol Bahari.
Sebagai ganti bagi melengkapkan senarai 24 pemain, Cheng Hoe telah memanggil lapan pemain baharu yang tidak disenaraikan pada panggilan Mac lalu iaitu tiga pemain Kedah - penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Syazwan Zainon dan Rizal Ghazali, dua pemain Perak - Nasir Basharudin dan Amirul Azhan Aznan serta Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT), N Thanabalan (Negeri Sembilan) dan Danial Ashraf Abdullah (Kelantan).
Baki lima lagi pemain yang dipanggil terdiri daripada mereka yang sebelum ini disenaraikan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Mongolia pada 22 Mac 2018 iaitu empat pemain JDT - Ahmad Hazwan Bakri, Safawi Rasid, Adam Nor Azlin dan La’vere Corbin-Ong serta pemain Sabah, Rawilson Batuil.
Selepas aksi bertemu Fiji ini, skuad Harimau Malaya bakal menghadapi lima lagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” iaitu bertemu Chinese Taipei di Taipei pada 7 September 2018, bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 11 September 2018, bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober serta bertemu Republik Kyrgyz dan Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil, masing-masing pada 16 Oktober 2018 dan 3 November 2018.
Kesemua perlawanan ini merupakan persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan