ETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin ditemuramah pemberita di Lapangan Terbang KLIA di sini hari ini selepas pulang dari Rusia . -UTUSAN/ Rosni Masri
SEPANG 29 Jun - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu beliau menghormati tindakan Tan Sri Annuar Musa yang membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding merebut kerusi No. 1 badan induk tersebut.
Annuar merupakan satu-satunya pencabar Hamidin bagi merebut jawatan Presiden FAM telah menarik diri kerana mahu memberi fokus kepada karier politiknya selaku Ahli Parlimen Ketereh dan juga selepas mendapatkan pandangan daripada bekas presiden badan induk tersebut, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Itu bermakna Hamidin memenangi jawatan Presiden FAM bagaimanapun beliau akan diumumkan secara rasmi pada Kongres FAM ke-54 yang diadakan pada 14 Julai depan.
“Saya menghormati keputusan beliau yang memutuskan tidak mahu bertanding.
Mengikut statut apabila hanya ada satu calon yang ada untuk jawatan presiden maka secara rasminya individu itu akan diumumkan sebagai Presiden FAM yang baharu pada 14 Julai ini,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan