Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 29 Jun 2018

12 calon rebut kerusi Setiausaha Agung FAM


HAMIDIN ketika tiba di KLIA, Sepang, hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

SEPANG: Jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini menjadi buruan 12 calon selepas penyandang Datuk Hamidin Mohd Amin bakal dilantik secarai rasmi sebagai presiden baru badan induk itu dalam Kongres Tahunan ke-54 pada 14 Julai ini.
Perkara itu disahkan oleh Hamidin yang ketika ini masih lagi dalam proses pemilihan calon yang kemungkinan bakal diumumkan pada kongres itu nanti.
"Setakat semalam ada 12 orang yang berminat. Mereka ini ada yang bertugas di dalam dan luar negara. Dan kesemua calon adalah rakyat Malaysia," kata Hamidin sebaik tiba di tanah air dari Moscow, Russia sebentar tadi.
Spekulasi mengenai siapa yang bakal menerajui sekretariat FAM mula timbul apabila Hamidin dicalonkan untuk mengisi jawatan presiden bagi menggantikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meletakkan jawatan April lalu.
Hamidin bakal dilantik secara rasmi pada Kongres FAM bulan depan selepas pencabarnya, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Insititut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi membuat keputusan menarik diri.
Difahamkan antara nama yang kini dikaitkan sebagai pengganti Hamidin adalah Naib Presiden Dentsu Sports Asia Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) Izham Ismail, bekas Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah, Perunding Teknikal Liga Pro Oman Saifuddin Abu Bakar, Ghaz Ramli dari Fremantle Dockers, Australia dan Ketua Pegawai Eksekutif Shekinah PR yang juga Exco FAM, Christopher Raj.
Jawatan Setiausaha Agung FAM adalah lantikan sepenuhnya presiden dan Hamidin menegaskan akan memilih calon yang benar-benar layak untuk memikul tugas itu.
"Calon ramai yang berminat memohon dan saya mahu memastikan sesiapa yang dilantik sebagai setiausaha agung adalah orang yang boleh bekerja, boleh bersama-sama dengan saya dan Exco untuk bawa bola sepak negara ke tahap lebih tinggi.
"Kalau saya sudah buat keputusan, mungkin saya akan umumkan pada 14 Julai nanti," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan