Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 9 Jun 2018

Azim tolak tanding Presiden FAM


AZIM menolak pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden FAM. - Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menolak pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sambil mengakui terpaksa mengambil masa untuk membuat keputusan itu, Azim menjelaskan faktor ingin memberi fokus kepada jawatan lain termasuk sebagai Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) menyebabkan beliau berbuat demikian.
"Tiada guna kalau kita buat kerja yang tidak boleh membawa manfaat. Banyak lagi kerja lain yang harus saya tumpukan macam ISN, MOM dan sebagainya.
"Semuanya akan membawa manfaat kepada arena sukan negara kalau kita buat mengikut apa yang sudah dirancang. Saya fikir ini adalah langkah baik untuk tidak bertanding dan fokus pada jawatan sedia ada.
"Saya mengambil masa kira-kira sebulan untuk membuat keputusan ini (menolak pencalonan bertanding Presiden FAM) dan saya berharap semua memahami situasi saya," kata Azim ketika dihubungi, hari ini.
Nama Azim dicalonkan pada saat akhir oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk mencabar dua calon lain iaitu Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Malah, Sukan NSTP sebelum ini melaporkan Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan hanya Hamidin yang sudah mengesahkan pencalonan untuk merebut kerusi yang ditinggalkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu.
Annuar juga dilihat masih berteka-teki sama ada menerima atau menolak pencalonannya yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) apabila meminta semua pihak menunggu hingga ke tarikh akhir untuk mengesahkan pencalonan pada Khamis ini.
Mengulas lanjut, Azim berkata, beliau sudah memaklumkan hasratnya untuk menolak pencalonan daripada bertanding jawatan nombor satu FAM itu kepada pengurusan PBNP.
"Saya ambil keputusan untuk tidak menerima pencalonan daripada PBNP, mereka faham dan saya pun sudah berbincang dengan pengurusan tertinggi persatuan itu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan