Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 28 Jun 2018

Annuar sah tarik diri

ANNUAR MUSA

ANNUAR MUSA

KUALA LUMPUR 28 Jun - Tan Sri Annuar Musa membuat kejutan apabila memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding merebut kerusi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali gus memberi kemenangan percuma kepada pencabarnya iaitu Datuk Hamidin Mohd. Amin.
Bekas Timbalan Presiden FAM itu membuat keputusan tersebut selepas beliau mengambil kira nasihat Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan bekas Presiden badan induk tersebut dan bersetuju untuk memberi kemenangan percuma kepada Hamidin.
Selain itu juga, Annuar turut memaklumkan beliau mahu memberi fokus kepada karier politiknya sebagai Ahli Parlimen Ketereh.
“Pada 1 Jun lalu saya telah menyerahkan borang penerimaan pencalonan sebagai Presiden FAM. Berikutan itu, saya telah membuat tinjauan dan berbincang dengan beberapa pemimpin persatuan bola sepak negeri khususnya Tunku Ismail dan Datuk Hamidin sebagai seorang lagi calon berhubung pemilihan jawatan yang bakal diadakan pada Julai ini dan hala tuju bola sepak Malaysia.
“Mengambil kira nasihat dan pandangan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan setelah memikirkan dengan mendalam, saya memilih untuk memberi laluan kepada Datuk Hamidin untuk menjawat jawatan Presiden FAM.
“Dengan keputusan ini SAYA berhasrat untuk memberikan komitmen saya yang tidak berbelah bagi kepada UMNO,dan mencurah masa dan tenaga bersama pucuk pimpinan dan majlis tertinggi memperkasa perjuangan parti, khususnya memperjuangkan dan mempertahankan perlembagaan negara,kedaulatan raja, kepentingan bumiputera, kedudukan dan ketinggian syiar agama Islam serta keharmonian dan kebajikan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
“Saya juga berhasrat menumpukan kepada tugas saya sebagai pembangkang yang konstruktif di parlimen serta menjadi jurubicara rakyat yang berkesan lagi berintegriti. Lebih penting lagi saya harus menumpukan khidmat saya kepada rakyat saya di kawasan Parlimen Ketereh,” kata Annuar yang dipetik daripada akaun Facebook miliknya di sini hari ini.
Penarikan diri tersebut memberi kemenangan percuma kepada Setiausaha Agung FAM, Hamidin dan badan induk tersebut akan mengumumkan Presiden yang baharu pada Kongres FAM ke-54 yang diadakan pada 14 Julai depan.
“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mencalonkan saya. Saya doakan agar kongres FAM berjalan lancar dan bola sepak Malaysia akan terus maju, Insya-Allah,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan