Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 20 Jun 2018

Aksi Persahabatan Ke-6 Harimau Malaya Telah Disahkan Skuad kebangsaan, Harimau Malaya akan bertemu Maldives bagi perlawanan persahabatan antarabangsa "A" di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November 2018. #FAM #HarimauMalaya

Aksi Persahabatan Ke-6 Harimau Malaya Telah Disahkan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengesahkan bahawa skuad kebangsaan, Harimau Malaya akan bertemu pasukan di ranking 150 dunia, Maldives bagi perlawanan persahabatan antarabangsa "A" di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November 2018.
Ia sebagai ujian terakhir sebelum skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe itu terbang ke Phnom Penh bagi aksi sulung Kumpulan A Piala Suzuki AFF 2018 bertemu Kemboja pada 8 November 2018.
FAM sebelum ini telah mengesahkan lima perlawanan persahabatan antarabangsa "A" yang diatur menjelang Piala Suzuki AFF 2018 iaitu bertemu Fiji pada 5 Julai, Chinese Taipei pada 7 September, Kemboja pada 10 September, Sri Lanka pada 12 Oktober dan Republik Kyrgyz pada 16 Oktober.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan