Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 2 Mei 2018

Undian Piala AFF tidak semudah disangka



MALAYSIA diletak dalam Kumpulan A pada majlis undian Piala AFF yang berlangsung di Jakarta, hari ini. - FAM

KUALA LUMPUR 2 Mei - Kegagalan melepasi peringkat kumpulan dua tahun lalu memberi pengajaran kepada Malaysia untuk tidak terlalu yakin menghadapi Piala AFF 2018, November ini biarpun menerima undian yang dianggap agak mudah.

Dalam majlis undian yang diadakan di Jakarta hari ini, skuad Harimau Malaya diletak dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos, manakala juara bertahan, Thailand mengetuai Kumpulan B bersama Indonesia, Filipina, Singapura serta Brunei atau Timor Leste.

Dua tahun lalu, pasukan negara gagal melayakkan diri ke separuh akhir selepas menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan B, yang turut dibarisi Vietnam, Myanmar dan Kemboja - undian yang hampir sama dengan yang terima pada edisi kali ini.

“Saya tidak nafikan ramai yang mengatakan kita berada dalam kumpulan mudah namun perlu diingatkan bola sepak tidak boleh dijangka. 

Sudah tentu setiap pasukan akan melakukan persiapan rapi dan tidak mungkin kita dapat laluan mudah.

“Pemain tidak boleh berasa selesa dengan undian peringkat kumpulan kali ini. Mereka perlu fokus untuk setiap perlawanan. Saya mahu mereka beraksi tanpa sebarang tekanan dan pada masa sama berusaha mendapatkan keputusan positif.

“Vietnam dilihat sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan ini namun kita tidak boleh mengambil mudah keupayaan lawan yang lain kerana pada edisi yang lalu, Myanmar layak ke separuh akhir,” kata ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe ketika dihubungi Utusan Online hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan