Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 4 Mei 2018

Peluang Harimau Malaya terbuka


Tengku Abdullah optimis skuad negara mampu cipta kejutan pada Piala AFF 2018


TENGKU ABDULLAH (depan, dua dari kiri) hadir pada majlis undian Piala AFF 2018 di Jakarta, Indonesia kelmarin menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos.



BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah membayangkan skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejutan dalam misi memburu kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki tahun ini.

Bagaimanapun, Tengku Abdullah yang juga Pemangku Raja Pahang turut mengingatkan pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe agar berwaspada terhadap pasukan-pasukan yang bertanding meskipun baginda menyifatkan peluang Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki 2018 terbuka luas.

Kelmarin, baginda hadir pada majlis undian Piala AFF 2018 di Jakarta, Indonesia yang menyaksikan skuad kebangsaan diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Sementara saingan Kumpulan B pula menyaksikan juara bertahan, Thailand diundi bersama Indonesia, Filipina, Si­ngapura dan Brunei atau Timor Leste ke­rana kedua-dua pasukan ini perlu bermain untuk aksi playoffPiala AFF 2018.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah tetap menaruh kepercayaan tinggi kepada pasukan kebangsaan untuk mendakap trofi Piala AFF Suzuki sejak kali terakhir memenanginya pada 2010.

“Kumpulan B nampak lebih susah, namun semua pasukan perlu ada keyakinan sendiri. Malaysia perlu bangkit dalam Kumpulan A.

“Saya mendoakan Malaysia menang (Piala AFF Suzuki 2018). Ini kalilah (Harimau Malaya menang Piala AFF),” titah baginda ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta, Indonesia kelmarin.

Kosmo! semalam melaporkan, ketua jurulatih Harimau Malaya, Cheng Hoe meramalkan Kemboja mampu menjadi pasukan pengacau buat skuad kebangsaan dalam misi memburu slot separuh akhir selain Myanmar dan Vietnam.

Atas kertas, pasukan negara tampil sebagai pasukan pilihan untuk layak daripada Kumpulan A bersama Vietnam tetapi Cheng Hoe menganggap Kemboja juga memiliki keupayaan melakukan kejutan ke atas Harimau Malaya.

Ini kerana, Cheng Hoe melihat beberapa pemain Kemboja beraksi pada Liga Malaysia (Liga M) musim ini dan pastinya mereka mengetahui serba sedikit prestasi semasa Harimau Malaya.

Pemain-pemain yang dimaksudkan bekas jurulatih Kedah itu ialah penyerang import Negeri Sembilan, Prak Mony Udom, Keo Sokpheng (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) dan pemain Pahang, Chan Vathanaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan