MFL MENGAMBIL INISIATIF UNTUK JANGKA MASA PANJANG
——————
Antara sebab yang terpaksa diambil kira dalam merancang jadual untuk bermain dalam bukan Ramadhan adalah;
——————
Antara sebab yang terpaksa diambil kira dalam merancang jadual untuk bermain dalam bukan Ramadhan adalah;
1) Dalam perancangan menambahbaik kalendar Liga Malaysia, jika kita tidak bermain pada bulan Ramadhan, maka kalendar Liga Malaysia akan menjadi terlalu padat pada bulan-bulan sebelum atau selepas Ramdhan. Ianya akan memberi masalah jangka masa panjang jika berterusan.
2) Dalam merancang kenaikan nilai hak siaran, ianya sangat memberi kesan. Untuk tidak mempunyai perlawanan selama 4-6 minggu dimana ‘content’ yang dicari badan penyiar hasil pelaburan mereka tidak ada pada tempoh sepanjang ini, ia memberi Impak yang negatif kepada nilai hak penyiaran secara keseluruhan.
Kita telah mencapai nilai hak penyiaran paling besar ketika ini bagi setiap pasukan dan harus merancang untuk terus mencapai nilai yang lebih besar di masa akan datang.
3) 2 hingga ke 3 perlawanan yang membabitkan pasukan tuan rumah pada bulan Ramadhan mungkin mengalami kekangan kehadiran penyokong dari 5,000 hingga ke 10,000 ribu orang setiap perlawanan. Di kira sebagai RM10 setiap penonton (selepas ditolak kos-kos berkaitan pengelolaan perlawanan), bermakna akan memberi kesan kepada pendapatan pasukan dari RM50,000 hingga RM100,000 setiap perlawanan atau dari RM 150,000 hingga RM 300,000 secara keseluruhan.
Namun, perkara ini cuba kami atasi dengan pemberian nilai hak penyiaran serta tajaan sebanyak RM 3juta kepada setiap pasukan Liga Super (kenaikan RM2 Juta dari sebelumnya). Impak kepada pasukan Liga Premier adalah kurang akibat purata penyokong yang pada amnya kurang di Liga ini dan telah cuba diatasi dengan kenaikan RM500,000 dari pembahagian hak penyiaran dan tajaan dahulu (RM1 Juta sekarang).
4) Berkenaan impak kepada penyokong, kami sering mengambil perhatian. Belum menjadi kebiasaan bagi mereka untuk hadir ke stadium selepas solat terawih. Kita amat berharap perlawanan semasa bulan Ramadhan ini menjadi sebahagian aktiviti mereka di bulan Ramadhan selepas solat terawih di masa akan datang dan berharap juga bahawa para penyokong memahami bahawa perkara ini adalah perlu untuk pasukan kesayangan mereka terus menerima dana yang kian bertambah di masa akan datang. Perkara ini perlu untuk mengekalkan kestabilan pasukan kesayangan mereka itu.
Akhir kata, kami berharap semua pihak faham bahawa tiada apa-apa niat untuk tidak menghormati bulan Ramadhan. Semuanya adalah untuk kebaikkan dan kemajuan untuk Liga Malaysia dalam jangka masa panjang dan berharap bahawa semua pasukan, penyokong dan media menyokong inisiatif MFL demi membangunkan bola sepak tempatan bersama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan