Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 8 Mei 2018

Malaysia rai Hari Bola Sepak dan Persahabatan Sedunia



SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. - Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Sebagai salah satu negara yang menyertai Program Bola Sepak untuk Persahabatan (F4F) Gazprom, Malaysia menyertai lebih 200 bandar raya di seluruh dunia meraikan Hari Bola Sepak dan Persahabatan Sedunia.

Sambutan itu dilangsungkan di Malaysia buat julung kalinya oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama dua wakil negara ke program F4F di Russia iaitu Imran Zakaria dan Lauren Hoh.

Imran dan Lauren akan menyertai kanak kanak dari 211 negara di Moscow bagi program terbabit yang berlangsung dari 8 hingga 15 Jun ini.

Imran yang dipilih selaku jurulatih muda akan memberi tunjuk ajar kepada pemain muda yang akan bertarung sesama sendiri pada aksi Kejuaraan Antarabangsa F4F.

Dia akan disertai Lauren sebagai wartawan muda yang akan membuat liputan mengenai aktiviti tempatan dan global F4F sebagai sebahagian daripada Pusat Media Kanak-Kanak Antarabangsa.

Hari Bola Sepak dan Persahabatan Sedunia turut disambut oleh semua negara yang menyertai program terbabit.

Sambutan itu diraikan bersama duta muda dengan ikatan gelang persahabatan berwarna biru dan hijau sebagai simbolik kepada inisiatif global ini.

Ikatan biru memberi makna kepada langit yang mendamaikan sementara hijau melambangkan padang bola sepak yang memberi akses kepada semua individu.

Sambutan itu turut menyaksikan duta muda itu mempromosikan nilai utama program terbabit seperti persahabatan, hak sama rata, keadilan, kesihatan, keamanan, penghormatan dan tradisi kepada rakan sebaya mereka.

Sambutan itu turut dimeriahkan dengan aksi persahabatan yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Majlis terbabit menyaksikan peserta mengikat gelang persahabatan antara satu sama lain yang turut dihadiri pegawai FAM, David Abela; Ketua Unit Media, Wan Fakhrul Bakar dan Ketua Unit Pembangunan Akar Umbi, Samuel Siew.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya berbesar hati untuk memberi sokongan terhadap sambutan Hari Bola Sepak dan Persahabatan Sedunia kerana ia selari dengan hasrat badan induk itu untuk menyemai nilai kemanusiaan dalam kalangan kanak-kanak.

"Inisiatif seperti ini memberi tumpuan kepada kuasa bola sepak untuk memecah sempadan, menyatukan golongan muda dan mencipta impak positif kepada komuniti tempatan.

"Kami gembira untuk menyokong duta muda kami yang berusaha untuk menyemai nilai murni yang turut dipercayai FAM," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan