Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 26 April 2018

Teong Kim tak gentar



SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (dua dari kiri), Naib Presiden FAM, Mohd Joehari Mohd Ayub (tiga dari kiri), bersama exco FAM pada majlis undian Piala AFC bawah 16. - Foto OWEE AH CHUN

KUALA LUMPUR: Tugas sukar menanti pengendali skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Lim Teong Kim dalam Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) apabila skuad bimbingannya diundi dalam Kumpulan A bersama bekas juara dua kali, Jepun, Thailand dan Tajikistan.
Kejohanan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 20 September hingga 10 Oktober ini turut menyaksikan juara bertahan Iraq berada dalam kumpulan maut apabila diletakkan bersama Korea Selatan, Australia dan Afghanistan dalam Kumpulan D.
Manakala bekas juara 2014, Korea Utara pula dihimpunkan dalam Kumpulan B dengan tiga pasukan 'Pak Arab' iaitu Oman, Yaman dan Jordan sementara Iran, Vietnam, India dan Indonesia bersaing di Kumpulan C.
Mengulas lanjut mengenai undian yang berlangsung di AFC House di sini hari ini, Teong Kim mengakui cabaran getir bakal ditempuhi anak buahnya sepanjang kejohanan itu dengan beliau diberi sasaran wajib untuk membawa pasukan layak ke Piala Dunia Remaja B-17 di Peru tahun depan.
Bagaimanapun, bekas pengendali akademi Kelab Bayern Munich di Jerman itu tetap percaya mereka mampu melepasi halangan itu sekali gus merealisasikan impian jutaan peminat tempatan untuk melihat Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia.
"Menyertai Piala Dunia B-17 adalah matlamat utama kami sejak empat tahun lalu. 
"Walaupun ada Jepun dalam kumpulan kita, saya anggap ia bukan suatu masalah kerana kita benar-benar sudah bersedia untuk menghadapi saingan ini.
"Saya tak boleh nak pilih lawan sebab ia diputuskan menerusi sistem undian. Semua pasukan yang bertanding kuat dan peluang untuk kita (melepasi peringkat kumpulan) tetap ada," katanya yang mengakui tidak mempunyai banyak maklumat mengenai pasukan Tajikistan.
Sebanyak 16 pasukan akan berentap untuk mengejar gelaran juara dengan empat pasukan terbaik akan meraih slot automatik ke Piala Dunia.
Pencapaian terbaik skuad negara pada 2014 di Bangkok di mana skuad kendalian S Balachandran ketika itu hampir melakar sejarah layak ke Piala Dunia sebelum tumbang 1-2 kepada Australia di suku akhir.
"Kita mempunyai kelebihan cukup besar kerana akan bermain di tempat sendiri serta sudah biasa dengan cuaca berbanding Jepun dan Tajikistan yang sejuk," katanya yang mempertaruhkan 100 peratus pemain dari Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).
Info 
Kumpulan A: MALAYSIA, Jepun, Thailand, Tajikistan
Kumpulan B: Korea Utara, Oman, Yaman, Jordan 
Kumpulan C: Iran, Vietnam, India, Indonesia 
Kumpulan D: Iraq, Korea Selatan, Australia, Afghanistan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan