Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 20 April 2018

KUANTAN FA SAH DIGUGURKAN DARI SAINGAN 100PLUS LIGA PREMIER MALAYSIA 2018

KUANTAN FA SAH DIGUGURKAN DARI SAINGAN 100PLUS LIGA PREMIER MALAYSIA 2018
---------
Malaysian Football League (MFL) telah menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan salah laku Kuantan FA yang telah melanggar peraturan pertandingan dan perlembagaan MFL kerana tidak hadir (tanpa sebarang pemakluman kepada sekretariat MFL) pada perlawanan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 menentang PDRM yang lepas.
Lembaga Pengarah MFL memutuskan untuk menggugurkan penyertaan Kuantan FA dalam saingan Liga Malaysia 2018. Sekretariat MFL telah pun berhubung dengan pihak FAM dan mereka telah memberikan sokongan penuh ke atas tindakan ini.
Maka dengan ini penyertaan Kuantan FA dibatalkan berkuatkuasa serta merta.
Pihak Kuantan FA telah diberikan peluang yang secukupnya untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu pengurusan mereka. Dari pihak pengurusan liga juga, kami telah cuba membantu dan memberikan ruang kerana kami berasa inilah peluang terbaik untuk pemain-pemain serta pegawai yang belum menerima bayaran berpeluang untuk dibayar dengan lebih cepat. Tetapi isu ini sudah melarat sehingga pasukan ini tidak hadir ke satu perlawanan, ini adalah satu pelanggaran besar terhadap perjanjian penyertaan dan jelas menunjukkan bahawa pengurusan Kuantan FA tidak mampu untuk menggunakan peluang yang diberikan untuk merencanakan semula masa depan pasukan itu.
Pengumuman mengenai keputusan perlawanan berkaitan dengan Kuantan FA dan tangga kedudukan liga akan menyusul kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan