Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 21 April 2018

Kuantan FA dibuang daripada Liga M


SKUAD Kuantan FA ketika ini menghuni tangga kesembilan setelah mengharungi tujuh perlawanan Liga Premier sejak Februari lalu.

KUANTAN FA digugurkan daripada kempen Liga Malaysia (Liga M) berkuat kuasa semalam selepas didapati melanggar peraturan pertandingan perlembagaan Malaysian Football League (MFL) ekoran tidak hadir untuk aksi Liga Premier menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam memberitahu, pihaknya telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memaklumkan salah laku Kuantan FA yang tidak hadir tanpa sebarang makluman kepada sekretariat MFL pada perlawanan tersebut.

“Lembaga Pengarah MFL memutuskan untuk menggugurkan penyertaan Kuantan FA dalam saingan Liga M 2018. Sekretariat MFL telah berhubung dengan FAM dan mereka memberikan soko­ngan penuh ke atas tindakan ini.

“Maka dengan ini penyertaan Kuantan FA dibatalkan berkuat kuasa serta merta,” kata MFL dalam satu kenya­taan rasmi semalam.

Ekoran situasi itu, PDRM telah diberikan kemena­ngan percuma 3-0 selepas Kuantan FA tidak hadir untuk perlawanan tersebut.

Dalam perkembangan sama, MFL mendedahkan pihak Kuantan FA telah diberikan peluang secukupnya untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu pengurusan mereka.

“Daripada pihak pengurusan liga, kami telah cuba membantu dan memberikan ruang kerana kami berasa inilah peluang terbaik untuk pemain-pemain serta pegawai yang belum menerima bayaran berpeluang untuk dibayar dengan lebih cepat.

“Namun isu ini sudah melarat sehingga pasukan ini tidak hadir ke satu perlawanan. Ini adalah satu pelanggaran besar terhadap perjanjian penyertaan dan jelas menunjukkan bahawa pengurusan Kuantan FA tidak mampu untuk menggunakan peluang yang diberikan bagi merencana semula masa depan pasukan itu.

“Pengumuman mengenai keputusan perlawanan berkaitan dengan Kuantan FA dan tangga kedudukan liga akan menyusul kemudian,” ujarnya.

Kuantan FA ketika ini menghuni tangga kesembilan Liga Premier dengan enam mata hasil satu kemenangan serta tiga seri setelah mengharungi tujuh perlawanan.

Tag Berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan