CALON tunggal Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
setakat ini, Datuk Hamidin Mohd Amin seharusnya boleh bertenang apabila
dijangka tidak berdepan sebarang tentangan untuk menerajui badan induk itu.
Menurut bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh
Ahmad, Hamidin yang juga Setiausaha Agung dilihat tidak akan dicabar selepas
mengambil kira faktor situasi politik yang sedang melanda negara ketika ini.
Jelasnya, situasi politik ketika ini khasnya ketika menjelang
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berkemungkinan menjadi faktor terbesar calon
lain perlu berhati-hati untuk menerima pencalonan bertanding merebut ‘kerusi
panas’ FAM itu.
“Kalau kita lihat, kebanyakan calon sebelum ini terbabit dengan
politik namun harus diingat, sudah pasti ketika ini mereka mempunyai tugas
lebih penting yang perlu diuruskan membabitkan kerjaya politik mereka.
“Sebenarnya saya berasakan ada beberapa ‘orang kuat’ di
persatuan bola sepak negeri berhasrat untuk turut sama merebut jawatan itu
namun disebabkan situasi politik ketika ini menyebabkan mereka tidak mahu
bertanding.
“Lagi pun, restu Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah cukup untuk
menjadi petunjuk hanya Hamidin seharusnya menjadi presiden. Jadi saya jangka
Hamidin tidak akan dicabar sekali gus menang tanpa bertanding,” katanya ketika
dihubungi, hari ini.
Isnin lalu, menerusi mesyuarat khas pertama Exco FAM bagi
penggal 2017-2021, Hamidin dicalonkan sebagai presiden baharu susulan peletakan
jawatan penyandangnya, Tunku Ismail pada 25 Mac lalu.
Hamidin yang menyandang jawatan tugas Setiausaha Agung sejak
2013 di bawah teraju tiga presiden mengesahkan bersedia untuk merebut jawatan
nombor satu itu selepas mendapat sokongan penuh Exco FAM.
Beliau dilihat berpeluang
cerah mencipta sejarah muncul individu pertama bukan golongan kerabat diraja
atau ahli politik menerajui FAM jika dipilih sebagai pengganti Tunku Ismail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan