Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 30 April 2018

2018 AFF SUZUKI CUP DRAW CEREMONY | WEDNESDAY, 2ND MAY 2018

MAJLIS UNDIAN PIALA SUZUKI AFF 2018 | RABU, 2 MEI 2018
Majlis undian Piala Suzuki AFF 2018 akan berlangsung pada Rabu, 2 Mei 2018 di Jakarta, Indonesia. Penstriman langsung untuk majlis undian tersebut akan bermula pada jam 2.00 petang waktu tempatan (3.00 petang waktu Malaysia).
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan diletakkan di Balang 2 bersama Indonesia. Thailand dan Vietnam berada di Balang 1, manakala Filipina dan Myanmar ditempatkan dalam Balang 3. Singapura dan Kemboja pula berada di Balang 4 dan Balang 5 akan menampilkan Laos dan Brunei atau Timor Leste.
Edisi tahun ini akan menyaksikan perubahan dalam format kejohanan dengan 10 pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bermain secara sistem round-robin iaitu setiap pasukan akan beraksi dua perlawanan di gelanggang sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan. Undian ini juga akan menentukan di mana pasukan-pasukan ini akan bermain, sama ada di gelanggang sendiri atau tempat lawan bagi setiap perlawanan tersebut.
----
2018 AFF SUZUKI CUP DRAW CEREMONY | WEDNESDAY, 2ND MAY 2018
The 2018 AFF Suzuki Cup draw ceremony will be happening on Wednesday, 2nd May 2018 in Jakarta, Indonesia. The live stream of the draw ceremony will begin at 2.00 pm local time (3.00 pm Malaysia time).
The Harimau Malaya squad, led by Tan Cheng Hoe is in Pot 2 alongside Indonesia. Thailand and Vietnam are in Pot 1, while Philippines and Myanmar are in Pot 3. Pot 4 will feature Singapore and Cambodia and Pot 5 features Laos and Brunei or Timor Leste.
This year’s edition will see a change in the tournament format as the 10 teams would be split in two groups of five and play a round robin system with each team playing two home and two away fixtures. The draw will also determine where the teams play, home or away for each tie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan