Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 9 April 2018

18 ahli gabungan calonkan Hamidin



SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin terus dapat sokongan. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Biarpun tarikh tutup pencalonan bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih berbaki sebulan, namun jawatan kerusi panas itu dilihat hampir pasti akan disandang Datuk Hamidin Mohd Amin.
Ia susulan lebih separuh ahli gabungan sudah mencalonkan nama Setiausaha Agung FAM itu untuk bertanding pada kongres ke-54 badan induk berkenaan pada 14 Julai ini.
Malah, sumber rapat FAM berkata, ketika ini Hamidin menjadi calon tunggal selepas mendapat pencalonan daripada 18 ahli gabungan yang sudah mengesahkan pencalonan mereka.
"Hanya Hamidin yang mendapat pencalonan ketika ini. Sebanyak 18 daripada 20 ahli gabungan mencalonkan nama beliau untuk dipilih sebagai presiden.
"Hanya tinggal dua ahli gabungan yang belum mengesahkan senarai nama pencalonan mereka. Tapi mereka masih ada masa kerana tarikh tutup pencalonan pada 11 Mei ini," katanya yang enggan mendedahkan nama ahli gabungan yang belum menghantar pencalonan.
 Meskipun Hamidin yang namanya dicadangkan sendiri oleh bekas Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi calon pilihan ramai termasuk mendapat sokongan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Namun, ketika Hamidin dilihat tidak berdepan masalah untuk mendapat sokongan penuh ahli gabungan, difahamkan ada persatuan negeri tidak bersetuju dan cuba mencalonkan nama lain untuk merebut jawatan presiden.
Sementara itu, Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi menyifatkan ahli gabungan yang cuba mencalonkan nama lain sebagai melawan arus ketika majoriti daripada mereka menyokong Hamidin. 
"Saya tidak tahu ada ahli gabungan yang tidak setuju. Kalau ada yang nak calonkan nama lain, saya fikir ia boleh menimbulkan keadaan yang kurang senang, macam mereka melawan arus.
"Walaupun ia (pencalonan nama lain) dibenarkan, tapi saya harap mereka fikirkan sebaik mungkin sebelum menamakan calon lain. Sebab majoriti sudah menyokong Hamidin.
"Tapi kalau mereka nak calonkan nama lain hanya kerana mahukan kelainan atau ada agenda lain, saya rasa ia tidak perlu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan