Apabila letak jawatan,
TMJ sudah tidak punyai kuasa
JAMAL NASIR
KUALA LUMPUR 27 Mac - Bekas pemain kebangsaan,
Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak
sepatutnya mencadangkan mana-mana nama untuk menggantikannya selepas beliau
membuat keputusan meletakkan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM).
Tunku Ismail yang melepaskan kerusi No. 1 badan
induk itu pada Ahad lalu telah mencadangkan agar timbalannya, Datuk Wira Yusoff
Mahadi dilantik sebagai pemangku Presiden hingga kongres ke-64 FAM pada 14
Julai manakala Setiausaha Agung, Datuk Hamidin Mohd. Amin dipilih sebagai
pengganti beliau.
Bagaimanapun, Jamal yang pernah membantu
Malaysia ke temasya Olimpik Moscow 1980 berkata, hanya ahli gabungan sahaja
yang boleh menentukan Presiden FAM yang baharu.
“Saya fikir, Tunku Ismail tidak boleh ‘petik’
mana-mana nama sebab beliau perlu menyerahkan urusan untuk memilih Presiden FAM
yang baharu kepada ahli gabungan kerana beliau sudah meletakkan jawatan.
“Apabila sudah letak jawatan, itu bermakna
beliau sudah tidak mempunyai kuasa dan tanggungjawab terhadap FAM jadi
terpulang kepada persatuan negeri untuk memilih siapa yang mereka mahu.
“Jika ahli gabungan mahukan Datuk Hamidin, maka
mereka perlu menilai kemampuan beliau untuk mencari dana.
Begitu juga dengan
pemangku, di mana Tunku Ismail tidak boleh menamakan Datuk Yusoff untuk menjadi
pemangku Presiden FAM,” katanya yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Teknikal dan
Pembangunan Belia FAM di sini hari ini.
Hari ini Utusan Malaysia melaporkan tugas
untuk memangku Presiden FAM hanya boleh diputuskan dalam mesyuarat exco yang
bakal diadakan pada 2 April ini.
Tunku Ismail menyambut ulang tahun setahun
beliau dipilih sebagai Presiden FAM dengan mengumumkan peletakan jawatan
seperti yang dibayangkannya seminggu lalu.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu telah dilantik
sebagai Pengerusi Malaysia Football League (FAL) yang sebelum ini dikenali
sebagai Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLL)/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan