AHMAD SYIHAN HAZMI
KUALA LUMPUR 3 Mac. - Penjaga gol muda negara,
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, yang terlibat dengan isu doping mungkin boleh
menarik sedikit nafas lega kerana kesalahan doping yang dilakukannya adalah
tidak terlalu serius.
Perkara itu diakui oleh Setiausaha Agung
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul yang menyifatkan bahan
terlarang yang diambil oleh Syihan tidak terlalu serius dan mungkin berdepan
hukuman yang minimum namun kesalahan itu tetap dipandang serius.
Tambahnya, jenis doping yang diambil pemain muda
negara itu juga bukannya merupakan bahan larangan yang bersistematik tetapi
lebih kepada kegunaan individu dan hukuman ke atas pemain itu hanya akan
diputuskan pada 30 Mac ini menerusi mesyuarat Jawatankuasa Etika dan Tatatertib
AFC.
“Keputusan hukuman yang bakal diberikan kepada
Syihan akan ditentukan pada 30 Mac, tetapi jenis hukuman mungkin sekadar amaran
keras ataupun digantung untuk sesuatu tempoh.
“Ada sebulan, 3 bulan, 2 tahun dan paling tinggi
adalah hukuman gantung seumur hidup iaitu minimumnya bermula dengan 8 tahun
mengikut bahan yang diambil individu. Untuk kes Syihan, ianya kes minimum dan
bukan sejenis doping yang sistematik iaitu kes berat.
“Jika dia memberi kerjasama yang baik, mungkin
berdepan hukuman ringan kerana bahan terlarang yang diambilnya lebih kepada
bahan yang tidak diluluskan kepada individu,” katanya ketika di temui baru-baru
ini, di sini hari ini.
Syihan diuji positif mengambil bahan terlarang
di bawah Agensi Anti Doping Dunia (WADA) ketika menyertai Kejohanan AFC B-23 di
Chiangshu, China, Januari lalu.
Bagaimanapun, dia mencabar untuk melakukan
sampel B namun keputusan tetap positif iaitu mengandungi bahan terlarang
metabolite methandienone, sama seperti keputusan ke atas sampel A.
Pemain berusia 22 tahun itu dipilih secara rawak
untuk menjalani ujian doping dalam Kejohanan AFC B-23 selepas perlawanan
pertama Kumpulan C bertemu Iraq di Stadium Changshu pada 10 Januari lalu.
Syihan tidak beraksi langsung dalam kejohanan
setelah ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan Datuk Ong Kim Swee memilih Ifwat
Akmal Chek Kassim dalam perlawanan bertemu Iraq, sebelum Haziq Nadzli bertugas
mengawal gawang untuk tiga perlawanan berikutnya sehinggalah Malaysia tewas 2-1
kepada Korea Selatan dalam suku akhir

Tiada ulasan:
Catat Ulasan