Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 4 Mac 2018

Hamidin calon Timbalan Presiden?



Hamidin Mohd. Amin

KUALA LUMPUR 3 Mac – Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menjadi calon terbaharu yang dikaitkan bakal merebut kerusi Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Mengakui beliau didekati oleh beberapa wakil persatuan sukan untuk bertanding kerusi tersebut namun Hamidin menegaskan bahawa beliau masih belum membuat sebarang keputusan.


“Ya. Memang benar ada beberapa wakil daripada persatuan sukan menghubungi saya untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden MOM.

“Pada penggal sebelum ini, mereka meminta saya untuk bertanding jawatan Naib Presiden dan kali ini Timbalan Presiden.

“Saya menyambut baik perkara ini kerana mereka menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada saya bagaimanapun saya belum memikirkannya lagi kerana saya perlu berbincang dengan Presiden FAM (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) terlebih dahulu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Selain Hamidin, Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Azim Zabidi turut menyatakan kesediaannya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden MOM jika mendapat pencalonan dan sokongan padu daripada wakil badan sukan.

Bagaimanapun, Azim yang juga Chef de Mission (CDM) Sukan Asia 2018 menegaskan beliau masih belum membuat keputusan muktamad kerana menunggu maklum balas dan sokongan daripada pelbagai pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan