DURAKOVIC skong
penggunaan VAR.
KUALA LUMPUR: Satu bancian
dilakukan oleh meja Sukan NSTP merumuskan majoriti jurulatih di Liga Malaysia
(Liga M) berminat menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR) meskipun
penggunaannya di negara ini mungkin mengambil tempoh beberapa tahun lagi.
Semalam, Ahli Lembaga
Persatuan Bola Sepak Antarabangsa meluluskan VAR untuk digunakan di Piala Dunia
di Russia pada Jun dan Julai ini, namun atas faktor kos tinggi membataskan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengguna pakai teknologi berkenaan di
masa depan.
Pengerusi Jawatankuasa
Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh pernah berkata yang pelaburan sehingga RM24
juta diperlukan untuk penggunaan teknologi berkenaan di negara ini, sekali gus
memaksa FAM untuk melambatkan VAR paling tidak untuk tempoh tiga tahun lagi.
Namun, ia sama sekali
mendapat perhatian jurulatih Liga M untuk menyuarakan sokongan terhadap VAR -
satu teknologi yang dicipta untuk mengurangkan kesilapan dilakukan pengadil
menerusi ulangan video.
Jurulatih Perak, Mehmet
Durakovic; B Satiananthan (FELDA United); Kuala Lumpur, (Fabio Maciel) dan
Negeri Sembilan (Azraai Khor Abdullah) masing-masing berminat dengan penggunaan
VAR tatkala pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, tampak kurang
bersetuju.
"Semua orang melakukan
kesilapan dan sekiranya keputusan itu tepat, maka ia tepat," kata
Durakovic.
"Pengadil tidak
selalunya dapat melihat semua yang berlaku. Jadi saya menyokong teknologi video
selagi ia tidak mengganggu permainan."
Satiananthan selaku bekas
jurulatih skuad kebangsaan, yang membantu pendahulu Liga Perdana, FELDA
mencatat rekod 100 peratus dalam semua saingan liga dan piala musim ini
berkata, bola sepak pada masa ini terlalu pantas untuk penglihatan manusia.
"Pergerakan bola sepak
moden sudah meningkat dan pengadil adalah manusia dan mereka sukar untuk
menyesuaikan diri," katanya.
"Kamera VAR akan
membantu menangkap apa yang tertinggal oleh pengadil. Malah, apabila gol itu
dinafikan ataupun dibenarkan, maka pengadil akan diingati kerana kesilapan
mereka lakukan."
Salah satu kritikan
mengenai VAR yang sebelum ini diuji di England, Jerman dan Itali adalah
mengenai jumlah masa diperlukan untuk pengadil video membuat keputusan.
Azraai yang baru-baru ini
dilantik sebagai pengendali Negeri Sembilan berkata: "Sekiranya ia untuk
kebaikan permainan, maka ia bagus.
"Tidak ada pengadil
yang sempurna dan kesilapan akan berlaku tetapi sekiranya teknologi diguna
pakai, maka kenapa tidak? Ia akan menjadi adil untuk kedua-dua pasukan."
Dalam pada itu, Irfan lebih
gemar kepada tradisi dan percaya pengadil di padang seharusnya menjadi
'keputusan tepat' tanpa sebagai penggunaan teknologi.
"Orang ramai sentiasa
mengadu sama ada gol itu dijaringkan ataupun tidak tetapi itu yang menjadikan
bola sepak menarik," katanya. " Saya tidak bersetuju dengan
penggunaan teknologi.
"Ia akan mendorong
kepada pembaziran masa dan menentang tradisi sedia ada. Saya gembira dengan
pengadil yang membuat keputusan dalam tempoh singkat biarpun mereka
tersilap."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan