Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 6 Mac 2018

PERTUKARAN NOMBOR JERSI PEMAIN MELIBATKAN PEMAIN LIGA MALAYSIA DAN LIGA ANTARABANGSA

PERTUKARAN NOMBOR JERSI PEMAIN MELIBATKAN PEMAIN LIGA MALAYSIA DAN LIGA ANTARABANGSA
----------
Antara topik yang menjadi perbualan sejak beberapa hari ini adalah tentang isu pertukaran nombor jersi pemain melibatkan pemain Johor Darul Ta'zim iaitu Gonzalo Cabrera. Beliau yang memakai jersi bernombor 23 sebelum ini telah membuat permohonan rasmi kepada Football Malaysia LLP (FMLLP) untuk menukar ke nombor 11.
Setiap nombor jersi yang tidak berdaftar oleh mana-mana pemain boleh diguna pakai untuk membuat pertukaran jika ada permohonan secara rasmi kepada FMLLP. Nombor jersi 11 sebelum ini disandang oleh pemain Jorge Pereyra Diaz, namun pendaftaran pemain tersebut telah dibatalkan sebelum permohonan pertukaran jersi ini dibuat.
Fenomena ini bukan pertama kali berlaku di Liga Malaysia. Ianya pernah terjadi beberapa kali sebelum ini. Peraturan ini juga terpakai pada liga-liga antarabangsa yang lain seperti contoh di bawah.
Nama-nama pemain di bawah hanya merupakan contoh beberapa nama sahaja yang diberikan, masih ramai lagi pemain yang membuat pertukaran nombor jersi tidak diletakkan pada contoh di bawah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan