Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 6 Mac 2018

10 pasukan diberi peluang kedua


BEKAS Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah menegaskan tiada alasan lagi buat 10 pasukan Liga Malaysia (Liga M) gagal melengkapkan pendaftaran selepas peluang kedua diberikan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).
Ahli Lembaga Pengarah FMLLP dalam mesyuaratnya di Johor Bahru semalam memutuskan penangguhan hukuman pemotongan mata bagi pasukan yang masih belum melengkapkan proses berkenaan.
Pasukan terbabit adalah Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor, PKNS FC, Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA, PDRM, MIFA dan UKM FC. Mereka diberi tempoh sehingga pendaftaran baharu musim depan yang dijangka pada hujung tahun ini.
Menurut Kamaruddin, tempoh panjang yang diberikan badan pengelola Liga M itu perlu digunakan sepenuhnya oleh pasukan berkenaan untuk memperbetulkan segala kekurangan bagi melengkapkan pendaftaran.
“Sebelum ini saya kata jangan potong mata, denda saja, tapi sekarang FMLLP sudah bagi peluang kedua untuk semua pasukan itu buat pembetulan. Satu hukuman yang wajar dan patut dihargai pasukan terbabit.
“Jadi kalau dalam tempoh lebih sembilan bulan ini mereka (pasukan) tak buat juga, kita tidak boleh salahkan FMLLP lagi sebab sudah lama sangat tempoh (penangguhan hukuman) diberikan.
“Kalau buat salah lagi memang tak boleh dimaafkan, sebab itu memang salah pengurusan pasukan berkenaan. Sudah banyak sangat peluang diberikan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sukan NSTP sebelum ini melaporkan Kamarudin berkata FMLLP boleh dianggap kejam sekiranya mengenakan hukuman memotong mata 10 pasukan berkenaan, sebaliknya berpendapat mereka hanya perlu dikenakan denda terlebih dahulu.
Berkenaan hukuman tertangguh yang dikenakan FMLLP semalam, pasukan terbabit tidak boleh melakukan kesalahan lain seperti gagal membayar gaji pemain dan jika perkara itu berlaku hukuman pemotongan mata secara automatik akan berjalan.
Selain hukuman ditangguhkan, semua pasukan itu juga diberikan tempoh 14 hari bermula semalam untuk mengemukakan rayuan bagi memohon mengurangkan hukuman.
Kamarudin yang juga bekas pemain kebangsaan turut berpendapat, FMLLP wajar memotong mata jika pasukan terbabit sekali lagi melakukan kesalahan sama dan melanggar hukuman tertangguh yang diberikan.
“Selepas ini, memang patut dipotong mata kerana tiada lagi ruang perlu diberikan selepas peluang kedua. Berapa lama lagi yang pasukan mahu? Pengurusan pasukan perlu bekerja untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan