HUKUMAN SETIMPAL DENGAN ARUS MASA DAN AGIHAN TERKINI
—————
—————
Hukuman yang dikenakan Football Malaysia LLP (FMLLP) dikatakan terlalu tinggi pada ketika ini. Namun, ada sesetengah pihak tidak menyedari bahawa agihan dari liga yang diberikan pada ketika ini sebanyak RM 3,000,000 untuk setiap pasukan Liga Super. Walaupun didenda sebanyak RM 1,500,000, namun pasukan masih menerima 50% lebih dari jumlah agihan pada tahun 2017 di mana pasukan menerima agihan sebanyak RM 1,000,000. Ini juga sudah dianggap besar pada waktu itu. Jadi RM 1,500,000 yang tetap diterima oleh pasukan yang telah didenda masih merupakan jumlah yang dianggap besar.
Sebelum FMLLP ditubuhkan, pasukan hanya menerima RM250,000 bagi setiap pasukan Liga Super. Jadi hukuman yang dikenakan sekarang adalah seperti sesebuah pasukan didenda RM125,000 pada ketika itu. Jumlah hukuman dikenakan kini adalah relevan dan mengikut nilai pada masa sekarang.
Hukuman memotong mata yang ditangguhkan menunjukkan bahawa FMLLP tidak mengutamakan pemotongan mata tetapi mahu pasukan tersebut berubah menjadi lebih efisien, berdisiplin, dan prihatin pada masa akan datang. FMLLP menjadikan pelaksanaan hukuman pemotongan mata itu terletak dalam tangan pengurusan mereka sendiri dan tidak terus menghukum.
Perlu diingat bahawa keputusan ini diputuskan oleh Lembaga Pengarah FMLLP yang juga terdiri daripada wakil dari pasukan-pasukan yang dipilih oleh pasukan-pasukan untuk mewakili mereka.
Jika tidak mahu dihukum, pasukan ini harus menerima bahawa anjakan paradigma dalam Liga Malaysia sudah mula berlaku dan mereka harus mengambil serius semua aspek pengurusan. Jangan mengharap dana yang lebih besar tetapi tetap mahu menguruskan diri dengan cara yang sama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan