Terdesak buru kemenangan pertama selepas harungi 12 perlawanan tanpa keputusan positif
PARA
pemain Harimau Malaya menjalani latihan di Kelana Jaya semalam menjelang aksi
persahabatan menentang Bhutan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
SKUAD
Harimau Malaya bakal berdepan ujian penting dalam misi memburu kemenangan
pertama selepas mengharungi 12 perlawanan tanpa keputusan positif menjelang
aksi persahabatan menentang Bhutan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala
Lumpur Ahad ini.
Kejayaan ke atas pasukan yang menghuni
ranking ke-188 dunia berbanding skuad kebangsaan di tangga ke-178 diharap mampu
memberi kegembiraan buat penyokong negara dalam usaha membina semula reputasi
Malaysia di pentas antarabangsa.
Ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe mengakui
skuad kebangsaan masih tertekan untuk memburu kemenangan pertama sekali gus
mengembalikan semula kepercayaan peminat kepada skuad Harimau Malaya.
“Buat masa sekarang kita tidak merasakan
ini sebagai satu situasi cemas, namun tekanan tetap ada pada setiap pemain
untuk meraih kemenangan,” katanya.
Skuad negara masih gagal meraih sebarang
kemenangan sejak kali terakhir dilakukan ketika menang ke atas Kemboja 3-2 pada
aksi Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan