Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 2 April 2018

FAM EXECUTIVE COMMITTEE ACCEPTED THE RESIGNATION OF TUNKU ISMAIL, APPOINTED DATUK WIRA YUSOFF MAHADI AS FAM ACTING PRESIDENT

2018-04-02
Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Mesyuarat Khas Pertama bagi penggal 2017-2021 di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi tadi telah memutuskan dengan sebulat suara untuk menerima peletakan jawatan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden FAM.
Sehubungan itu, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi telah dipersetujui secara sebulat suara oleh ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif untuk dilantik sebagai Pemangku Presiden FAM sehingga Kongres FAM ke-54 pada 14 Julai 2018 di mana pemilihan presiden baharu akan diadakan.
Jawatankuasa Eksekutif FAM turut menerima cadangan Tunku Ismail untuk menamakan Setiausaha Agung FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin bagi mengisi jawatan sebagai Presiden FAM yang baharu pada Kongres FAM itu nanti dan menaruh sepenuh keyakinan terhadap kredibiliti dimiliki beliau untuk menerajui FAM bagi baki penggal 2018-2021.
Kertas pencalonan bagi pemilihan jawatan Presiden FAM itu telah mula diedarkan kepada semua 20 ahli gabungan FAM, hari ini dan mereka perlu menamakan calon pilihan sebelum atau pada tarikh akhir ditetapkan iaitu 11 Mei 2018.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan