Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 9 Mac 2018

Denda RM1.5J ikut suka hati ke ikut peraturan


PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) diminta menjelaskan sama ada hukuman denda ke atas 10 pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran termaktub dalam peruntukan peraturan badan induk itu.
Bekas Pengurus Selangor, Zakaria Rahim berkata, ia penting bagi menjelaskan kepada umum bahawa jumlah denda yang dikenakan itu bukan diputuskan sesuka hati oleh Ahli Lembaga Pengarah FMLLP.
“Kalau benda (jumlah denda) itu sudah termaktub dalam peraturan dan peruntukan hukuman FMLLP sejak awal lagi, dan semua pasukan tahu mengenainya, saya fikir tiada masalah.
“Tapi jika hukuman dikenakan sesuka hati, itu tidak boleh. Perlu ada garis panduan. Contohnya, kalau kes mencuri, hukumannya sudah ada. Kalau undang-undang kata maksimum penjara 10 tahun dan kita tidak boleh kenakan sampai 20 tahun.
“Kita perlu ikut peruntukan undang-undang itu. Berapa hukuman atau denda minimum dan berapa pula maksimum? Jadi mungkin (FMLLP) boleh jelaskan adakah hukuman yang dikenakan sudah termaktub dalam peruntukan undang-undang mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sukan NSTP semalam melaporkan FMLLP mengenakan denda sebanyak RM1.5 juta ke atas empat pasukan Liga Super iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor, PKNS FC.
Selain itu denda sebanyak RM500,000 turut dikenakan ke atas enam pasukan Liga Perdana iaitu Kuantan FA, PDRM, Sarawak, Pulau Pinang, MIFA, UKM FC. Semuanya kerana kesalahan gagal melengkapkan pendaftaran selepas tarikh akhir pada 3 Februari lalu.
Biarpun FMLLP menangguhkan hukuman pemotongan mata, namun pelbagai pihak menganggap jumlah denda itu terlalu tinggi. Apatah lagi pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran ini adalah antara yang berdepan masalah kewangan.
Pasukan seperti Kelantan dan Kuantan FA yang sebelum ini dipalit isu tunggakan gaji pemain baru saja mendapat pengurusan baharu dan kini dalam proses memperkemaskan pasukan masing-masing.
Malah, untuk melengkapkan pendaftaran itu, pasukan terbabit perlu menyelesaikan bayaran bagi beberapa perkara terutama Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).  
Justeru, Zakaria berkata, FMLLP sepatutnya cuba membantu mengurangkan bebanan kewangan pasukan dan bukannya membebankan lagi mereka dengan denda yang mencecah jutaan ringgit.
“Walaupun (denda) dipotong dari geran tahunan, tapi ia tetap duit. Pada saya, apa yang berlaku ini boleh menyebabkan pengurusan pasukan putus asa kerana mereka kerja keras cari duit, tapi kena bayar denda sampai berjuta.
“Mereka nak bayar gaji pemain lagi yang sudah sememangnya tinggi, mungkin selepas ini ada pasukan yang lebih rela beraksi dalam liga bawahan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan