Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 2 April 2018

Bukti tiada perebutan kuasa - Yusoff


YUSOFF (tengah), Subahan (kiri) dan Hamidin ketika sidang media selepas mesyuarat khas pertama jawatankuasa eksekutif di Wisma FAM. -Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR

aziman@nstp.com.my
PETALING JAYA: Keputusan semua Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi sokongan padu kepada Datuk Hamidin Mohd Amin untuk bertanding jawatan presiden membuktikan tiada sebarang perebutan kuasa dalam badan induk itu.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi menegaskan Hamidin yang juga setiausaha agung bukan sahaja mendapat sokongannya tetapi juga daripada seorang lagi timbalan presiden, Datuk Seri Subahan Kamal.
Malah Yusoff yang dipilih sebagai pemangku presiden selepas Mesyuarat Khas Pertama Exco FAM hari ini berharap agar tiada pihak cuba untuk menimbulkan kekecohan dalam peralihan kuasa pada kongres yang dijadualkan, 14 Julai depan.
"Saya berharap dengan keputusan sebulat suara daripada semua ahli Exco tadi memberi isyarat jelas bahawa kita mahu proses peralihan ini berjalan lancar tanpa apa-apa kemelut. Mana-mana calon lain (jawatan presiden), bukan tak boleh bertanding tapi lebih baik fikir mengenai kesan kepada bola sepak negara.
"Kalau nak difikirkan, Subahan dan saya pun nak (jadi presiden), kami dah dekat dengan jawatan itu. Tapi kami tolak agenda peribadi bagi memastikan kita terus fokus kepada agenda pembangunan bola sepak serta memastikan keharmonian dalam FAM," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Exco hari ini.
Yusoff sebelum itu mengumumkan bahawa ahli Exco FAM sebulat suara menerima peletakan jawatan Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meskipun ia keputusan berat untuk dilakukan.
Sementara menunggu Kongres FAM Julai depan, Yusoff bakal bertindak sebagai pemangku presiden seperti yang dipersetujui ahli Exco FAM.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) dan pengurus skuad bawah 23 tahun negara itu menyatakan tiada perubahan besar akan dilakukannya dalam tempoh tiga bulan sebelum kongres.
"Kita cuma ada lebih kurang tiga bulan, ia tempoh yang agak singkat. Kita cuma mahukan segala agenda yang ada diteruskan di samping mengekalkan perpaduan dalam persatuan ini," kata Yusoff.
© New Straits Times Press (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan