DARI KIRI, Khairul
Fahmi Che Mat, Ketua Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Pasukan
Bhutan, Trevar James Morgan dan Ketua Pasukan Bhutan, Jigme Tdheringn Dorjee
bergambar pada sidang media di Wisma FAM. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
zulfaizan@nstp.com.my
KELANA JAYA: Biarpun
dianggap bakal menjadi mangsa belasahan skuad Harimau Malaya pada aksi
persahabatan esok, pasukan Bhutan tetap sedia melakar kejutan besar.
Jurulatihnya, Trevor
James Morgan menyifatkan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menjadi
medan terbaik untuk dia menguji kemampuan sebenar anak buahnya yang keseluruhan
dibarisi pemain separuh profesional.
Sambil menyifatkan
skuad Harimau Malaya memiliki banyak kelebihan, dia bagaimanapun enggan skuad
bimbingannya yang lebih dikenali sebagai Dragon Boys menyerah kalah sebelum
tamat 90 minit aksi sebenar.
"Kami mahu fokus
untuk meningkatkan prestasi semasa semua pemain kerana ini adalah peluang
terbaik berbuat demikian. Untuk menjadi yang terbaik, kami perlu menentang pasukan
yang lebih baik seperti Malaysia.
"Malaysia
mempunyai kombinasi pemain muda dan senior yang baik dan sudah pasti akan
memberi kesukaran kepada kami.
"Namun, pemain
saya sudah bekerja keras sepanjang latihan dan kami akan cuba memberi tentangan
sengit pada perlawanan esok," katanya pada sidang media di Wisma Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, hari ini.
Bhutan yang berada di
kedudukan ke-188 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) - 10
anak tangga di belakang Malaysia, dibarisi majoriti pemain muda dan
separuh profesional.
Malah, mereka juga
dijangka bakal menjadi lawan mudah buat Malaysia yang dibarisi keseluruhan
pemain profesional.
© New Straits Times
Press (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan