Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 6 Mac 2018

10 pasukan Liga M diberi 14 hari lengkap pendaftaran


Tunku Ismail (kanan) menjawab soalan dari wartawan pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah FMLLP di Hotel Thistle hari ini.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 10 pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini boleh menarik nafas lega apabila Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) memberi tempoh 14 hari untuk berbuat demikian.

Keputusan tersebut diambil pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah FMLLP yang dipengerusikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan, hukuman pemotongan mata selain denda akan dikenakan sekiranya pasukan-pasukan tersebut masih gagal memperbaiki kesilapan mereka dalam tempoh berkenaan.

"Kita beri peluang kedua kepada pasukan-pasukan ini untuk memperbetulkan apa yang perlu diperbetulkan selama 14 hari ini... Semua kena ikut peraturan," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di sini hari ini.

Selain isu pendaftaran, katanya, mereka turut membincangkan terma dan syarat wang penajaan yang akan diterima bagi menambahbaik infrastruktur kesemua padang bola sepak yang ada selain penganjuran program-program akar umbi. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan