Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 24 Februari 2018

‘Sukar buktikan keputusan perlawanan diatur’


DANNY MILLS menandatangani bola cenderamata untuk meja sukan Utusan Malaysia ketika mengunjungi ibu pejabat Kumpulan Utusan, di Kuala Lumpur semalam. utusan/Mohd. Farizwan Hasbullah

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Bekas pemain England, Danny Mills menyifatkan sindiket mengatur perlawanan bukan perkara yang mudah untuk ditangani dan selagi ada tawaran lumayan yang diberikan selagi itu akan ada pemain yang terlibat.
Mills yang beraksi bersama skuad Three Lions dalam Piala Dunia 2002 berkata gejala tidak bermoral itu sukar untuk diatasi namun tidak menolak boleh dicegah dengan kerjasama daripada pelbagai pihak.
“Perjudian memang ada di seluruh dunia kerana banyak duit boleh dijana daripada aktiviti tidak sihat itu. Dalam bola sepak juga banyak duit yang boleh diperoleh dan apabila banyak duit maka banyak rasuah yang boleh dilakukan.
“Saya tidak pernah terlibat dalam sindiket mengatur perlawanan ini. (Tetapi) sukar untuk kita menentukan sama ada perlawanan itu sudah diatur atau sebaliknya. Kegiatan ini sukar dilakukan secara bersendirian.
“Dalam permainan bola sepak ada 22 pemain, pengadil dan penjaga garisan. Jika pemain itu menjaringkan gol bodoh itu jelas kelihatan mengatur perlawanan jika tidak bagaimana untuk menentukannya?
“Apabila rasuah yang ditawarkan lumayan akan membuka ruang kepada pemain untuk terlibat,” katanya kketika mengunjungi ibu pejabat Utusan Malaysia hari ini.
Ahad lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang jurulatih senior pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) yang enggan dikenali berkata bukan mudah untuk mengaitkan mana-mana pemain dengan perbuatan menerima suapan daripada bookie walaupun tindak tanduk pemain tersebut menimbulkan syak wasangka.
Sebelum ini, kancah bola sepak tempatan dihangatkan kembali dengan isu mengatur perlawanan apabila dua pemain Sarawak dan seorang direman enam hari untuk membantu siasatan, bagaimanapun ketiga-tiga mereka dibebas oleh mahkamah semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan