SHOPEE PENAJA UTAMA BAGI PIALA FA MALAYSIA 2018 DAN MENJADI PLATFORM PENJUALAN E-TIKET DAN BARANGAN EKSKLUSIF
----------
----------
Sebentar tadi telah berlangsung satu majlis menandatangani perjanjian di antara Shopee dan Football Malaysia LLP (FMLLP) di Hotel Thistle, Johor Bahru. Shopee telah mengikat perjanjian sebagai Penaja Utama bagi Piala FA Malaysia untuk tahun 2018.
Shopee yang diwakili oleh Encik Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee manakala FMLLP pula diwakili oleh Encik Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP.
Dalam kerjasama ini juga, FMLLP juga akan melancarkan kedai atas talian, 'Football Malaysia Official Store' di Shopee Mall yang akan menjual tiket bagi perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2018 dan juga unifi Liga Super Malaysia 2018 secara online. Selain itu, barangan eksklusif juga akan turut dijual di 'Football Malaysia Official Store' tersebut.
Pelancaran tersebut akan lebih memudahkan penyokong Malaysia menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi apabila pembelian tiket dibuat secara online. Pembelian tiket melalui Shopee sangat mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.
Untuk meraikan kerjasama ini, Shopee dan FMLLP akan melancarkan promosi pembelian tiket Beli 1 Percuma 1 yang akan bermula hari ini, 1 Mac 2018. 20,000 keping tiket Shopee Piala FA Malaysia dan unifi Liga Super Malaysia 2018 untuk disambar oleh penyokong bola sepak Malaysia.
Pengguna Shopee juga berpeluang untuk memenangi 1 keping tiket berpasangan VVIP, 5 tiket VIP berpasangan dan 10 tiket biasa berpasangan pada Perlawanan Akhir Shopee Piala FA Malaysia 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan