MENDIANG Chee Keong
CHEE KEONG (kanan) pernah menjadi pemain profesional di Hong
Kong pada tahun 1970.
PENJAGA gol
legenda negara, Chow Chee Keong meninggal dunia pada usia 68 tahun di Pusat
Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya akibat kanser pundi kencing semalam.
Chee Keong dimasukkan
ke hospital yang sama pada 17 Januari lalu untuk menjalani pembedahan pintasan
jantung tetapi mengalami komplikasi yang kemudiannya menyebabkan beliau dimasukkan
ke unit rawatan rapi.
Anaknya,
Adrian Chow berkata, dia tidak begitu ingat zaman kegemilangan mendiang
bermain bola sepak tetapi banyak mendengar mengenai ketangkasan bapanya sebagai
penjaga gol.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan