ISTERI bekas penjaga gol kebangsaan, mendiang
Chor Chee Keong, Christina Kwok (dua dari kiri) menerima kad keahlian YAKEB
daripada Pengurus Operasi YAKEB, Aminuddin Mohd Nasir, sehari sebelum suaminya
meninggal dunia di PPUM. - Foto YAKEB
KUALA LUMPUR: Bekas penjaga gol kebangsaan era 1960-an, Chow
Chee Keong sempat mendaftar sebagai ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
(YAKEB), semalam.
Pengurus Besar YAKEB, Zuhairi Abdul Manaf berkata, pihaknya
masih terkejut dengan pemergian mendiang dan segala maklumat berkaitan keahlian
berjaya dilengkapkan semalam.
"Semalam kami ke hospital melawat mendiang. Saya mewakili
pihak YAKEB mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
"Ketika kunjungan kami ke hospital, segala maklumat
berkaitan mendiang berjaya dilengkapkan.
"Sebagai ahli, mendiang layak terima pampasan kematian di
bawah Skim Bantuan Khas YAKEB," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM).
Chee Keong dilahirkan pada 26 November 1948, meninggal dunia
kira-kira jam 7 pagi tadi di PPUM.
Mendiang mula menyarung jersi skuad bawah 20 tahun negara ketika
berusia 13 tahun dan dua tahun selepas itu terpilih membarisi skuad utama
kebangsaan, bergelar antara pemain termuda berjaya berbuat demikian.
Mulai 1965, namanya mula masyhur dan dinobatkan Penjaga Gol
Terbaik Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk lima tahun berturut-turut
dari 1966 hingga 1970
Chee Keong sempat bermain di beberapa kejohanan besar seperti
Pestabola Merdeka dan Kelayakan Piala Dunia pada era 80-an. Ketika bergelar
pemain, Chee Keong pernah beraksi di Hong Kong iaitu mewakili Hong Kong Rangers
FC bagi tiga perlawanan sebagai pemain undangan dan pada 1970, sebelum
menyertai kelab Jardines.
Kemudiannya, mendiang menyertai kelab South China AA selama tiga
musim dan pada 1974, berpindah ke Tung Sing sebelum kembali ke South China dan
tiga tahun kemudian menyertai Hong Kong Rangers FC.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan