Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 17 Februari 2018

Gantung seumur hidup sebagai pengajaran


Rezal memberitahu, hukuman berat ke atas pemain yang khianat itu perlu dilakukan supaya menjadi pengajaran kepada pemain-pemain lain selain ia sebagai langkah untuk memelihara imej Liga Malaysia (Liga M) daripada dicemari skandal serta kontroversi.
Sebagai rekod, Liga M bukan hanya menjadi tontonan dalam negara, bahkan ia sudah melangkaui minat penonton-penonton luar negara khususnya di rantau Asia yang mula mengikuti perkembangan serta siaran bola sepak negara menerusi pelbagai medium teknologi.
“Mana-mana pihak mahupun persatuan bola sepak ini tidak harus berkompromi dengan pemain yang melakukan kesalahan rasuah dan pengaturan perlawanan kerana ia sememangnya mencemarkan imej pasukan serta sukan bola sepak negara.
“Tindakan undang-undang wajar dikenakan setimpal dengan keuntungan yang mereka peroleh tanpa kita sedari sebelum ini.
“Sebagai pemain profesional, mereka perlu bijak menilai baik dan buruk dalam mengembangkan karier bersama pasukan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Terdahulu, Rezal diminta mengulas berhubung dua pemain Sarawak dan seorang bookie yang ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal pengaturan perlawanan Liga Premier 2018 minggu lalu.
Pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching pada 10 Februari lalu, Sarawak tewas mengejut 2-3 kepada Felcra FC menerusi jaringan hatrik pemain import Felcra FC, Anselmo Arruda D Silva dalam tempoh empat minit terakhir perlawanan termasuk masa tambahan hingga menimbulkan keraguan buat penyokong dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).
Rezal menegaskan, setiap pemain harus memahami segala perjanjian yang telah dipersetujui bersama pihak pengurusan ketika menyertai pasukan masing-masing.
“Pemain perlu menghormati setiap peraturan yang telah ditetapkan pihak pengurusan bagi memastikan karier mereka sentiasa terjamin.


PRESIDEN Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya menegaskan, pemain yang berani mengatur perlawanan harus ditamatkan kontrak serta-merta dan harus digantung seumur hidup daripada menyertai kancah bola sepak negara.



REZAL mengingatkan pemain bahawa rasuah akan menyebabkan karier bola sepak mereka akan tamat bahkan menjejaskan kehidupan untuk jangka masa panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan