Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 2 Mac 2018

FMLLP 'intai' stadium

ISU mengenai pasukan yang berkongsi stadium dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) bakal terlerai apabila Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) sedang mengenal pasti beberapa stadium untuk diambil alih bagi memberi peluang kepada skuad tertentu untuk dijadikan gelanggang rasmi.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, isu berkongsi stadium masih menghantui Liga M walaupun industri bola sepak sudah lama berada di era profesional dan ia harus ada pendekatan terbaik untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, rancangan itu harus dipersetujui Lembaga Pengarah FMLLP dan ia bersifat langkah jangka panjang.
“FMLLP akan mengenal pasti terlebih dulu stadium mana yang sesuai sebelum membuat pelaburan dengan menaik taraf fasiliti di stadium yang dikenal pasti itu. Jika semua berjalan lancar, tiada lagi isu berkongsi stadium.
“Jika kita biarkan beberapa pasukan berkongsi stadium dan tidak ambil inisiatif, saya takut isu ini akan berlarutan sehingga ke 10 atau 12 tahun dan ia tiada jalan penyelesaian.

SELANGOR (jersi merah kuning) masih berkongsi stadium.

“Mengambil alih stadium yang tidak digunakan adalah satu langkah realistik kerana dengan cara demikian, penaja yang ingin menaja sukan bola sepak akan lebih ada keyakinan apabila melihat kesungguhan FMLLP memartabatkan Liga M sekali gus membuka ruang untuk mereka melabur,” katanya pada sidang media di majlis perjanjian kerjasama FMLLP dan Shopee yang menaja saingan Piala FA musim ini.
Kevin berkata, usaha itu kemungkinan akan dimulakan dalam saingan Liga Perdana dan ia adalah salah satu perancangan dalam rangka pembangunan 50 tahun bola sepak yang diumumkan baru-baru ini.
Tambahnya, rangka pembangunan bola sepak dibahagikan setiap lima tahun untuk mencapai sasaran 50 tahun dan dalam tempoh lima tahun pertama dan kedua, keutamaan adalah mengambil alih stadium dan meningkatkan fasiliti.
“FMLLP akan mengambil inisiatif apa juga perancangan dan mana-mana pelabur yang ingin melabur boleh berbincang dengan kami. Malah, untuk pasukan yang akan menggunakan stadium sebagai gelanggang rasmi juga boleh mengadakan perbincangan.
“Mengenai anggaran pelaburan untuk mengambil alih stadium, saya tidak dapat beri jumlahnya sebab ia bergantung kepada lokasi dan kami menyasarkan stadium di sekitar Lembah Klang memandangkan banyak pasukan dari kawasan berkongsi stadium,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan