BEKAS jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan meyarankan
FMLLP mencari kaedah lain bagi menghukum persatuan yang gagal memenuhi syarat
pendaftaran. - Foto AZREN JAMALUDIN
KUALA LUMPUR: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak
Malaysia (FMLLP) disarankan memansuhkan hukuman pemotongan mata sebaliknya
mencari kaedah lain bagi menghukum persatuan yang gagal memenuhi syarat
pendaftaran.
Ini kerana kaedah pemotongan mata diamalkan sekarang
dilihat bukan saja tidak adil kepada pemain malah boleh membunuh semangat
mereka yang sedang berjuang dalam liga.
Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata,
pemain tidak sepatutnya dijadikan mangsa kepada kecuaian dilakukan persatuan
sebaliknya hukuman patut dikenakan ke atas pentadbir bola sepak sesebuah pasukan.
"Kasihan pemain, bayangkan mereka bermandi peluh,
bertungkus-lumus di tengah padang untuk mendapatkan mata, tiba-tiba ia
dipotong. Ternyata ia tidak adil kepada mereka.
"Tidak mustahil tindakan pemotongan mata itu akan
menyebabkan pemain hilang semangat untuk bermain bersungguh-sungguh selepas itu
dan prestasi pasukan akan merudum. Ia secara tidak langsung pasti turut
menjejaskan kemeriahan liga.
"Saya berpendapat yang patut dihukum adalah
persatuan bukan pasukan. Apakah bentuk hukuman, ia boleh difikirkan FMLLP
kerana saya bukan pakar undang-undang," katanya.
Wan Jamak berkata, walaupun pemansuhan hukuman pemotongan
mata itu bakal mencetuskan kontroversi kerana ia sudah dilaksanakan ke atas
beberapa pasukan pada musim lalu, namun ia tetap perlu dilakukan demi kebaikan
bola sepak negara.
"Ini undang-undang ciptaan manusia, bukan dari
tuhan, ia boleh diubah. Sudah tentu ada yang akan mempertikai atau
memperlekehkan FMLLP kerana tidak konsisten dengan pendirian mereka tapi mereka
(FMLLP) mesti berani melakukan penambahbaikan," tegas Wan Jamak.
Kelmarin, FMLLP mendedahkan empat pasukan Liga Super,
Selangor, PKNS FC, Kuala Lumpur dan Kelantan gagal memenuhi syarat pendaftaran
pasukan meskipun sudah diberi peringatan serta peluang berbuat begitu.
Turut terpalit dengan isu itu ialah adalah enam pasukan
Liga Perdana - Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA (sekarang dikenali sebagai
Marcerra Kuantan FA), PDRM, UKM FC dan MISC-MIFA.
Jika bersandarkan hukuman dikenakan ke atas Kelantan,
T-Team, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) musim lalu, 10 pasukan itu
berada dalam bahaya dipotong mata.
Bagaimanapun Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),
Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook
Southern Tigers, kelmarin tidak bersetuju andai FMLLP mengenakan tindakan
pemotongan mata seperti dilaksanakan musim lalu.
Ia bagi mengelak spekulasi buruk terhadap beliau atau
pasukan Johor Darul Ta'zim yang mungkin dianggap mahu mensabotaj pasukan lain

Tiada ulasan:
Catat Ulasan