SETIAUSAHA Agung FAM,
Datuk Hamidin Mohd Amin (kiri) menyampaikan jaket khas kepada bekas pemain bola
sepak negara, V Krishnasamy di Pusat Arumperumjothi Vallaral, Pulau Pinang. -
Foto Rudy Syareme Sheriffudin
BAYAN LEPAS: Pemergian jurulatih skuad bawah 23 tahun negara,
Datuk Ong Kim Swee bersama penolongnya, Brad Maloney ke Madrid, Sepanyol,
bermula hari ini, adalah bagi menimba ilmu demi masa depan bola sepak negara.
Setiausaha Agung, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk
Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya berharap ada formula terbaru dapat ditimba
dari Atletico Madrid untuk diberikan kepada pemain negara sebagai persiapan
Sukan Asia 2018 di Indonesia nanti.
Beliau berkata, Kim Swee mampu melakar kejayaan sebagai
jurulatih tempatan paling berjaya satu hari nanti dan beliau sudah membuktikan
kemampuan sebenarnya dalam Kejohanan AFC di China, bulan lalu.
"Atletico Madrid adalah destinasi tepat untuk mereka
menimba ilmu selain hubungan baik Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
dengan pihak di Sepanyol.
"Tempoh kunjungan
sebulan oleh Kim Swee dan Maloney turut membabitkan beberapa program bersama
pasukan kebangsaan Sepanyol," katanya.
DATUK Hamidin Mohd Amin (dua dari kanan) bersama Kevin
Ramalingam (kanan) menyampaikan sumbangan khas FAM kepada bekas pemain negara,
V Krishnasamy (dua dari kiri). - Foto Rudy Syareme Sheriffudin
Beliau berkata demikian
ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan ke atas bekas pemain bola sepak
negara, V Krishnasamy yang menghidap penyakit kencing manis di Pusat
Arumperumjothi Vallaral, Batu Maung, pagi tadi.
Hadir sama, Ketua Pegawai
Eksekutif, Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin
Ramalingam dan Pengerusi Pertandingan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), L
Karthiresan.
Sementara itu, Hamidin
menambah kejayaan sesuatu pasukan terletak pada usaha gigih dan kerjasama berpasukan
pemain dalam melakar kejayaan sekali gus melonjak dan mengharumkan nama negara.
"Sokongan penuh
diberikan kepada Kim Swee dan Maloney untuk menaik taraf dan mutu sukan bola
sepak negara termasuk mengharapkan sokongan padu seluruh peminat bola sepak negara,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan