CHANGSHU, China 9 Jan. - Walaupun kehilangan dua
pemain penting namun jurulatih Iraq, Abdul Ghani Shahad kekal tenang untuk
menghadapi Malaysia dalam perlawanan sulung Kejohanan Bawah 23 AFC di sini.
Video oleh FADHILUL IZMEL ISHAK
Kedua-dua pasukan itu akan memulakan aksi
pertama Kumpulan C di Stadium Changshu esok dan Abdul Ghani memberitahu
ketiadaan penyerang utamanya Aymen Hussein dan Ahmad Mohsin Jaber tidak
mengganggu misi mereka untuk membawa pulang trofi kejohanan.
“Semua
pemain tiada masalah untuk menghadapi kejohanan ini dan walaupun ada dua pemain
saya tidak dapat diturunkan esok namun itu bukan masalah sebab saya
mendaftarkan 23 pemain untuk kejohanan ini.
“Saya tidak melakukan banyak pertukaran pemain
bagi mengambil bahagian dalam pusingan akhir kejohanan ini dan boleh dikatakan
skuad saya hampir sama dengan yang bermain dalam kelayakan pada tahun lalu,”
katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Stadium Changshu hari ini.
Dua tonggak Iraq iaitu Aymen dan Ahmad Mohsin
tidak dapat diturunkan untuk perlawanan esok kerana digantung perlawanan.
Ayman yang merupakan penjaring terbanyak dalam
pusingan kelayakan dengan enam gol tidak dapat beraksi dua perlawanan pertama
peringkat kumpulan kerana mengutip kad merah manakala Ahmad Mohsin digantung
satu permainan setelah mengumpul dua kad kuning.
Dalam pada itu, Abdul Ghani turut berharap agar
anak-anak buahnya dapat mengulangi kejayaan mereka lima tahun lalu apabila
berjaya membawa pulang trofi kejohanan edisi pertama.
“Sebelum ini kami muncul juara dan untuk edisi
kali ini situasi adalah berbeza namun itu tidak akan menjadi penghalang kepada
kami daripada menghiburkan semua peminat Iraq di tanah air,” katanya. – UTUSAN
“Semua pasukan mempunyai peluang sama rata dalam
kejohanan ini. Kami mahu memberi tumpuan dalam aksi pertama dan saya
menjangkakan Malaysia adalah pasukan yang bagus sebab mereka turut layak ke
pusingan akhir kejohanan ini,” katanya. – UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan