PENDATANG
baharu Liga Perdana, FELCRA FC bersedia melepaskan tonggak pertahanannya, Adib
Zainudin jika ia dilihat langkah terbaik untuk mengembangkan lagi kariernya.
Timbalan
presidennya, Datuk Hazian Murad, pasukan itu tidak berdepan masalah seandainya
kapten skuad bawah 23 (B-23) tahun negara terbabit mengambil keputusan
menyertai pasukan baharu meskipun dia pernah menyatakan keinginan untuk terus
kekal menyarung jersi FELCRA FC.
“Buat
masa ini, tiada kepastian mengenai kedudukannya tetapi berdasarkan pengetahuan
saya, dia belum lagi menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan.
“Jadi,
saya akan pergi ke China, 13 Januari ini untuk memberi sokongan kepada skuad
B-23 dan pada masa sama, saya akan duduk berbincang bersama Adib dan kita
tunggulah keputusan rundingan itu nanti.
“Apapun,
jika ada pasukan yang memberi tawaran lebih menarik untuk khidmatnya, saya
tidak akan menghalang malah menggalakkan menyertai pasukan yang lebih baik,”
katanya ketika ditemui pada aksi persahabatan di sini, kelmarin.
Bekas
pertahanan UiTM FC itu kini berada di China untuk membantu skuad negara
mengharungi aksi Kejohanan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018.
Sebelum
ini, pemain berusia 22 tahun itu menjelaskan dia hanya akan menyelesaikan isu
mengenai masa depannya bersama FELCRA FC selepas tamat kejohanan benua terbabit
kerana mahu fokus dengan tanggungjawab bersama skuad kebangsaan terlebih
dahulu.
Difahamkan,
beberapa pasukan berpangkalan di Lembah Klang dan selatan tanah air dikatakan
berminat mendapatkan khidmat pemain kelahiran Mersing itu untuk saingan Liga
Malaysia (Liga M) musim depan.
Dalam
perkembangan lain, Hazian mengesahkan tiga pemain import baharu pasukan itu
bakal diturunkan dalam tiga lagi aksi persahabatan yang akan diharungi selepas
ini.
“Ada pemain import yang
baru tiba, jadi mereka masih kepenatan dan kita akan memberi mereka peluang
untuk beraksi dalam tiga aksi bertemu bertemu Sarawak, FELDA United dan
Selangor nanti,” katanya yang turut mengesahkan Stadium Shah Alam akan menjadi
gelanggang rasmi pasukan itu musim depan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan