Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 20 Januari 2018

Sejarah baharu bola sepak negara

FMLLP, La Liga jalin kerjasama hasil pelan pembangunan bola sepak untuk 50 tahun.

FOOTBALL Football Malaysia Limited Lia­­bility Partnership (FMLLP) melangkah setapak ke hadapan apabila memeterai perjanjian persefahaman (MoU) de­ngan liga terkemuka Sepanyol, La Liga dalam usaha menghasilkan blueprint (pelan pembangunan) bagi bola sepak Malaysia dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, blueprint itu melibatkan rangka pembangunan bagi tempoh 50 tahun akan datang yang meliputi pelbagai aspek sesuai dengan bola sepak tanah air.
Blueprint ini merupakan satu usaha jangka panjang FAM dalam memastikan Liga Malaysia mencapai tahap profesio­nal serta kompetitif. Saya berharap melalui kolaborasi kedua-dua pihak mampu diterjemahkan dengan baik.
“FAM juga akan sentiasa memberikan idea baharu dalam menaikkan taraf liga domestik dan apa yang penting ialah perkembangan positif bola sepak Malaysia. Saya berharap kita mampu mencapai keputusan yang terbaik melalui perancangan tempoh jangka panjang ini,” titah baginda.
Terdahulu, majlis perjanjian tersebut disempurnakan oleh Tunku Ismail yang juga Pengerusi FMLLP dan Pengarah Pembangunan Antarabangsa La Liga, Oscar Mayo Pardo di Hotel Thistle di Johor Bahru semalam.
Perjanjian yang akan berlangsung selama tiga tahun itu menyaksikan kedua-dua pihak akan menganjurkan seminar dan bengkel oleh pakar dengan memfokuskan kepada pengurusan sukan, pemasaran, pengurusan kewangan, keselamatan stadium, pembangunan sosial serta projek komuniti melalui tanggungjawab sosial korporat.
Melalui perjanjian per­sefahaman itu juga, La Liga akan memudahcara kepada pemain di Sepanyol untuk bermain di Malaysia serta berusaha mengatur perlawanan di antara pasukan kedua-dua negara semasa pramusim selain mengukuhkan integrasi pemain Malaysia di Sepanyol dan sebaliknya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam optimis kerjasama itu dapat menghasilkan impak positif dalam sukan bola sepak Malaysia.

TUNKU ISMAIL (tiga dari kanan) dan Mayo menunjukkan dokumen perjanjian FMLLP serta La Liga bagi menambah baik aspek pembangunan serta urus tadbir dan teknikal saingan Liga M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan