“Jika hendak dibandingkan Malaysia dengan Korea Selatan,
mereka bukan sahaja ada satu atau dua pemain berkualiti tetapi majoriti boleh
bermain dengan sistem yang diinginkan.
“Pendedahan yang cukup baik buat pemain Malaysia selepas
menentang tiga pasukan dari negara Arab. Saya fikir, jika kita tidak sertai
kejohanan ini kita mungkin tidak mendapat peluang untuk menguji mereka.
“Penting juga untuk kita mempelajari sesuatu daripada
kejohanan ini dan mencapai keputusan positif, malah pemain perlu percaya yang mereka
boleh melakukannya,” katanya kepada pemberita di hotel penginapan hari ini.
Korea Selatan yang turun dengan reputasi naib juara 2016,
muncul juara Kumpulan D selepas mengalahkan Australia 3-2 di Stadium Kunshan,
sebentar tadi.
Selepas mendahului selesa 3-0 menerusi dua jaringan Lee
Keun-ho (minit ke-18 dan 65) serta gol daripada Han Seung-gyu pada minit ke-44,
Korea mendedahkan kelemahan mereka menuju penghujung permainan apabila
membenarkan Australia mengejar dengan dua gol.
Nick Cowburn mencemaskan skuad bimbingan Kim Bong-gil
apabila merapatkan jurang pada minit ke-72, sebelum Trent Buhagiar menambah gol
kedua, empat minit kemudian. Kebangkitan yang cuba dilakukan Australia
bagaimanapun terlalu lambat, tetapi ia cukup untuk memberi info berguna kepada
Malaysia bagi menghadapi aksi, Sabtu ini.
Dua gol yang diledak Keun-ho juga membuktikan dia antara
pemain yang perlu diberi perhatian kerana berkongsi kedudukan penjaring
terbanyak kejohanan setakat ini bersama Almoez Ali dari Qatar masing-masing
dengan tiga gol.
Sementara itu, jurulatih Korea Selatan, Bong-gil mengakui,
pasukannya kurang tajam dalam dua perlawanan terdahulu dan kejayaan menembusi
gawang Australia tiga kali cukup menggembirakannya.
“Dalam dua perlawanan terdahulu, kami kurang tajam ketika
menyerang tetapi hari ini kami berjaya meledak tiga gol, jadi saya sangat
gembira.
“Bagaimanapun, pemain kami jelas kepenatan secara fizikal,
jadi kami melepaskan dua gol pada separuh masa kedua, namun saya tetap bangga
dengan mereka kerana berjaya mengikut arahan dengan baik.
“Selepas kurang keyakinan dalam perlawanan sebelum ini, saya
menyeru mereka agar bermain dengan lebih berkeyakinan dan aktif di atas
padang,” kata Bong-gil yang dipetik dalam laman web AFC.
Dalam perkembangan lain, Kim Swee mewakili barisan
kejurulatihan mengucapkan takziah kepada juruanalisis video pasukan, Ahmad
Hilmi Abdul Latif selepas kehilangan bapa mertua, Nik Mahmud Nik Mustafa yang
meninggal dunia di Hospital Kota Bahru pada usia 86 tahun akibat jangkitan
kuman di paru-paru. - UTUSAN ONLINE
STATISTIK PERINGKAT KUMPULAN
Penjaring terbanyak : Almoez Ali (Qatar), Lee Keun-ho (Korea
Selatan) 3 gol
Jaringan terbesar : Palestin (6 gol)
Paling kurang dibolosi : Qatar, Uzbekistan, Jepun, Iraq (1
gol)
Kemenangan terbesar : Thailand 1 Palestin 5 (Kumpulan B)
Rekod kemenangan bersih : Qatar, Jepun
Paling mencuri tumpuan : Malaysia (layak ke suku akhir dalam
penampilan pertama)
PEMAIN Malaysia perlu percaya kepada diri sendiri apabila menentang Korea Selatan dalam suku akhir di Kunshan, China, Sabtu ini. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID

Tiada ulasan:
Catat Ulasan