Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 29 Januari 2018

Pengadil bookie, terus ke SPRM

PENGERUSI Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan pengadil yang bersekongkol dengan bookie bagi mengatur perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Malah, Subkhiddin yang lebih mesra dipanggil ‘cikgu’ sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bagi memastikan tiada pengadil yang terbabit dalam kegiatan yang boleh menjatuhkan imej sukan nombor satu negara itu.
“Bagaimanapun, saya percaya anak buah saya bebas daripada pengaruh bookie ketika mengadili perlawanan.
“Saya juga berharap agar penilaian prestasi seseorang pengadil perlu dinilai secara lebih bijak dan matang melalui kriteria yang bersesuaian dan bukannya ulasan yang bersifat andaian.
“Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu teguran atau komen tersebut datang daripada mereka yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia sukan bola sepak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau mengulas mengenai amaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertegas untuk mengambil tindakan keras ke atas mana-mana pihak yang terbabit dengan rasuah dalam bola sepak termasuk pengadil.
Bercakap ketika majlis pelancaran pasukan dan jersi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2018 di Putrajaya, Jumaat lalu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan tidak akan melepaskan mana-mana pihak yang terbabit rasuah dalam bola sepak.
“Sebagai menteri saya akan memastikan tiada seorang pun akan terlepas daripada siasatan dan dakwaan pihak polis. Bukan saja pemain dan pegawai pasukan, malah kita tahu bahawa ada dalam kalangan pengadil yang turut bersekongkol dengan bookie.
“Ini bukan tuduhan dan pengadil juga tidak akan terlepas jika ada bukti mereka ambil rasuah. Ini amaran Zahid Hamidi,” katanya.
Subkhiddin berkata, pihaknya sememangnya membincangkan banyak perkara yang membabitkan integriti pengadil, penilai pengadil dan mereka yang turut berada dalam bangunan Jabatan Pengadil dalam mesyuarat jawatankuasa yang berlangsung, bulan lalu.
“Boleh dikatakan kami terlebih dahulu mendahului dan mendepani isu ini melalui kerjasama erat daripada setiap jawatankuasa yang dibentuk sebelumnya oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, namun kami tetap menerima semua teguran yang dilontarkan secara positif.
“Sehingga sekarang apa yang saya dapati adalah komen yang lebih menjurus kepada mengambil tindakan terhadap pihak yang kedua atau ketiga.
“Mungkin adalah lebih baik jika pihak berkuasa dapat lebih proaktif bukan sahaja hanya untuk ‘berfikir’ tetapi terus mengambil tindakan serta merta untuk menghapuskan punca tawaran tersebut,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan