PEMINAT bola sepak tempatan bakal menikmati semua perlawanan
Liga Super secara langsung untuk musim 2018 secara ‘online’.
Ia diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tunku
Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).
“Sukan ini adalah sukan rakyat dan inovasi sebegini perlu pada
era digital,” katanya selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU)
antara FAM dan penyedia kandungan strim, iflix, hari ini.
Iflix diwakili Pengerusinya, Patrick Grove.
Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia
Berhad (FMLLP), Kevin Ramalingam ketika menerangkan mengenai kerjasama terbabit
berkata, terdapat dua siaran langsung di televisyen, dua di laman web (akan
diumumkan Khamis ini) dan dua di iflix.
“Namun, pengguna boleh menonton semua enam perlawanan secara
langsung di iflix,” katanya.
Sementara
itu, Grove berkata kadar bayaran untuk menonton semua perlawanan liga tempatan
serendah RM20 sebulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan